Welcome

Isnin, 28 Februari 2011

Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan (Level 1) Persatuan Badminton Malaysia(BAM)

Sukacita dimaklumkan bahawa IPG Kampus Rajang dengan kerjasama BAM akan menganjurkan kursus berkenaan pada 14 MAC 2011 di bandar BINTANGOR, SARAWAK.

Yuran adalah sebanyak RM300(tiga ratus sahaja) dan perlu dibayar sebelum 1 MAC 2011 kepada Dr Ong Kong Swee.

  1. Masa pendaftaran: 0800-0830 di Hotel Ming Kiong, Ground Floor, 96509 Bintangor, Sarawak.
  2. Semua Teori akan dijalankan di Hotel Ming Kiong.
  3. Amali di Kompleks Sukan Bintangor, Jalan Kilang, Bintangor.
  4. Majlis Pembukaan akan diadakan pada 14 MAC 2011, pada pukul 9 pagi.
  5. Sila hadir awal sebelum pukul 0800 untuk pendaftaran kursus dan mengambil bahan cetak.(buku program, nota kursus, dll.
  6. Sila bawa sendiri: Stationary pen, pensil dll, pakaian Sukan dan bawa kelengkapan untuk pemainan badminton untuk 5 hari.
  7. Sila hubungi Dr Ong Kong Swee untuk tempahan tempat tinggal di Hotel Ming Kiong secepat mungkin. (Tempat adalah terhad)

Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Dr Ong Kong Swee (0168626509).

Sila klik link berikut untuk memuat turun buku program kursus : >>Buku Program BAM L1<<
Berikut adalah perincian jadual kursus:

Klik untuk perbesarkan jadual.

Khamis, 17 Februari 2011

Carta Organisasi Jabatan PJK

 

Klik untuk perbesarkan imej.


 Lihat Profil Penuh Pensyarah Jabatan PJK IPG Kampus Rajang.

Jabatan PJK Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

 Pengenalan




Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diwujudkan dalam tahun 2000 dan merupakan jabatan yang keenam di Institut Perguruan Rajang (IPR), Bintangor. Skop dan peranan jabatan ini adalah berdasarkan keperluan dan peranan jabatan ini dalam melaksanakan kurikulum pendidikan perguruan sebagaimana yang dihasratkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) khususnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya. Oleh yang demikian, jabatan ini telah distruktur semula untuk menjadi satu jabatan yang terdiri daripada dua unit, iaitu Unit Pendidikan Jasmani (PJ) dan Unit Pendidikan Kesihatan (PK).

Jabatan ini diurus dan ditadbir oleh seorang ketua jabatan. Untuk melicinkan dan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran jabatan, unit-unit dalam jabatan telah dibahagikan kepada empat bidang peranan yang diketuai oleh ketua subunit iaitu program kecergasan, kursus kelolaan institusi dan jabatan, program pendidikan luar dan sukan rekreasi dan penilaian.

Peranan utama jabatan ini adalah untuk menjayakan kurikulum pendidikan guru dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, kursus-kursus dan program-program yang amanahkan oleh pihak institute dan BPG. Selain daripada itu, jabatan ini berkolaborasi dengan agensi luar seperti Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan dan Persatuan-persatuan Sukan untuk menjayakan program-program, aktiviti-aktiviti atau kursus-kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Sains Sukan, Kejurulatihan dan Kecergasan.



Objektif Jabatan


Melalui aktiviti, kursus dan program yang dijalankan oleh Jabatan PJK, pelajar atau peserta kursus dapat:
1.1          Melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan;

1.2          Memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan serta sains sukan bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan;

1.3          Membina kesedaran bagi meningkatkan tahap kecekapan dan kesihatan diri;

1.4          Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif melalui penglibatan aktif dalam aktiviti pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan;

1.5          Membina kesedaran bagi meningkatkan keupayaan kendiri kearah kecemerlangan dalam bidang professional keguruan;

1.6          Menyedari keperluan kanak-kanak berkeperluan khas;

1.7          Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas;

1.8          Menggunakan internet, multimedia, cd rom, ict sebagai sumber untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan; dan

1.9          Mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif yang boleh menyumbang kepada perkembangan pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan serta sains sukan.

___________________________________________________________

Laporan Aktiviti Jabatan PJK 2010

Laporan Kursus Kejurulatihan Indoor Hockey Awalan
Last updated May 6th, 2010 at 6:51 p.m.

Peserta:

1. PISMP-PJ ambilan Jan 2008

2. PPISMP-PJ ambilan Jun 2009

3. KPLI-PJ ambilan Jun 2009



LAPORAN KURSUS KEJURULATIHAN INDOOR HOCKEY

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



Pada 22 April sehingga 23 April 1010 Jabatan Pendidikan Jasmani dan kesihatan IPG Kampus Rajang dengan kerjasama Majlis Sukan Negara telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Indoor Hockey. Sebanyak 36 peserta guru pelatih yang mengikuti kursus tersebut iaitu terdiri daripada kumpulan PISMP PJ, KPLI PJ dan PPISMP PJ. Pihak IPG juga telah menjemput Instruktur Indoor Hockey yang bertauliah R. Vivekanandan a/l K. Ramiah.

Jadual program bermula dengan pendaftaran para peserta serta membayar yuran kursus iaitu dari pukul 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi. Setelah tamat sesi pendaftaran, diikuti pula dengan upacara perasmian Kursus Kejurulatihan Indoor Hockey di Dewan Kenanga oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang iaitu Tuan Haji Mat Akhir Bin Haji Abdullah.

Setelah selesai upacara perasmian kursus, semua peserta mula bergerak ke gelanggang hoki IPG bersama dengan instruktur untuk menjalankan amali kejurulatihan indoor hockey. Sebelum memulakan sesi amali, instruktur mengambil sedikit masa untuk sesi suai kenal, ini bertujuan agar interaksi antara instuktur dan peserta lebih berkesan. Amali pertama yang dilakukan adalah cara-cara regangan otot sebelum permainan indoor hockey dimainkan. Dalam amali regangan ini, instrukur lebih menekankan aspek keseronokan semasa melakukan regangan dan tidak terlalu terikat dengan regangan cara tradisional.

Aktiviti seterusnya dilakukan adalah amali berkaitan dengan perkara asas untuk pemain hoki dan cara bermain indoor hockey iaitu permulaan. Amali yang dijalankan sangat menarik dan melibatkan seluruhan peserta yang hadir. Ini menunjukkan instruktur memain peranan untuk mencipta latihan amali hoki yang boleh melibat semua peserta dalam satu masa yang serentak. Setelah memperkenalkan asas indoor hoki. Amali yang dijalankan pula adalah berkenaan dengan permainan indoor hockey sebenar iaitu peraturan am dalam sukan tersebut. Malah amali permainan juga dijalankan serentak dengan mengajar menjadi teknik dan peraturan referi indoor hockey.

Pada sebelah petang pula, teori berkaitan dengan indoor hoki pula dijalankan terlebih dahulu sebelum sambungan kepada amali. Teori indoor hockey diadakan di Dewan Kenanga. Antara isi-isi yang diajar oleh instruktur semasa teori adalah, cara untuk melakukan strategi semasa bermain, cara mengambil Panelty Corner dan sebagainya. Setelah selesai bahagian teori dijalankan, instruktur dan para peserta bergerak ke gelanggang hoki untuk amali dalam permainan indoor hockey dan mengaplikasi kemahiran yang diajar secara teori di Dewan Kenanga. Sebelah malam pula tiada teori dijalankan disebabkan sudah diadakan secara serentak pada teori di waktu petang sebelum amali dijalankan.

Pada hari kedua kursus indoor hockey, amali yang dijalankan adalah berkenaan dengan formasi di dalam pasukan, corak serangan semasa bermain, pertahanan 3 meter, cara menjadi penjaga gol dan teknik permainan supaya menjadi satu pasukan yang mantap. Setelah semua dijalankan, instruktur mengadakan perlawanan persahabatan antara kumpulan yang telah dibahagikan dengan mengaplikasi kemahiran yang diajar. Namun tidak lama perlawanan berlangsung dan hanya beberapa perlawanan yang telah bermain, cuaca yang tidak dijangka telah menundakan aktiviti yang dirancang. Oleh sebab, hujan berterusan maka perlawanan seterusnya telah ditangguh dan dibatalkan, diganti dengan teori seterusnya di Dewan Kenanga.

Setelah selesai semua aktiviti berkenaan dengan Kursus Indoor Hockey maka upacara penutup dijalankan. Pihak penganjur telah menjemput Encik Mcnair anak Kudang iaitu Ketua Penyelaras GERKO IPG Kampus Rajang untuk merasmikan majlis penutupan Kursus Indoor Hockey. Di dalam majlis juga telah merakam jutaan terima kasih kepada instruktur yang hadir dan memberi pengetahuan kepada peserta kursus dan sekaligus memberi cendramata dan sijil kepada para peserta. Majlis bersurai pada pukul 4.30 petang.



Disediakan oleh



_________________________

(FRANKER AK JISEM)

Setiausaha

PISMP-PJ.




Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton (Awalan) Peringkat Kebangsaan
Last updated May 6th, 2010 at 6:54 p.m.

Peserta:

1. PISMP-PJ ambilan Jan 2008

2. KPLI GERKO Badminton ambilan Jan 2010





KURSUS KEJURULATIHAN PENGENALAN BADMINTON



1.0 Pengenalan

Pada bulan Mac yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton. Kursus ini merupakan satu usaha Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dan Kumpulan PISMP-PJ Sem 5 ambilan Jan 2008 untuk memenuhi criteria dan penilaian matapelajaran PJM3113. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17 Mac (Rabu) dan 18 Mac (Selasa), yang bertempat di Gelanggang Badminton, Dewan Masyarakat Bintangor. Kursus ini telah disertai oleh peserta dari IPG Kampus Rajang iaitu Gerko Badminton KPLI ambilan Jan 2010 dan PISMP PJ Ambilan Jan 2008. Penceramah khas telah dijemput iaitu Encik Muthasam dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Manakala ceramah mengenai pemakanan dalam sukan telah disampaikan oleh Dr Ong Kong Swee dari Majlis Sukan Negara.





2.0 Kekuatan

Setelah mengikuti Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton, terdapat banyak kekuatan yang boleh dilihat dengan jelas dan nyata. Walaupun agenda yang dijalankan hanya mengenai teori awalan badminton serta pendedahan latihan awalan bagi sukan badminton, namun agenda ini berkualiti dan padat dengan ilmu baru bagi kami. Buktinya, kami didedahkan dengan kunci untuk menjadi seorang jurulatih yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Melalui kursus ini juga, kami dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru pelatih PISMP PJ, guuru palatih KPLI dan juga guru-guru dari daerah bintangor. Selain itu, ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini boleh diaplikasikan semasa mengajar kemahiran-kemahiran badminton kepada pelajar semasa berada di sekolah nanti. Kepelbagaian jenis latihan seperti kecergasan berasaskan fizikal iaitu latihan ketangkasan, kuasa, koordinasi, masa tindak balas, imbangan dan kelajuan telah diajar kepada kami. Hal ini menjadikan kami lebih kreatif mencipta dan mereka sesuatu permainan yang pelbagai menjurus kepada otot-otot tertentu bagi mengelakkan pelajar bosan melakukan aktiviti yang sama setiap hari semasa latihan.





3.0 Kelemahan program

Secara ringkasnya, program ini sesuai tetapi terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu aspek masa. Kekangan masa yang tidak dapat dielakkan telah menyebabkan jadual kursus kami menjadi padat. Keadaan ini telah menyebabkan setiap peruntukan masa bagi setiap aktiviti program kursus terpaksa disingkatkan.





4.0 Cadangan Penambahbaikan.

Bagi cadangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang, pastikan tempoh masa mencukupi bagi melaksanakkan setiap aktiviti supaya semua peserta berpeluang untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan kemahiran mereka dalam permainan badminton.





5.0 Penutup

Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya memberikan impak positif terhadap setiap peserta yang terlibat serta mendedahkan setiap peserta kursus untuk mengubah kaedah latihan bagi setiap kemahiran dalam permainan badminton. Kursus ini merupakan wahana untuk perubahan cara berfikir dengan matang dengan menginterpretasikan ilmu baru yang diperolehi.





Disediakan oleh





_________________________

(EVANGELINA AK SEBASTIAN RUMPANG)

Setiausaha

PISMP-PJ
Laporan Kejohanan Badminton Antara Agensi Kerajaan Daerah Meradong-Julau
Last updated May 6th, 2010 at 7:02 p.m.

Anjuran Jabatan PJK IPG Kampus Rajang dengan kerjasama PISMP-PJ ambilan Jan 2008 & KPLI GERKO Badminton ambilan Jan 2010.

Ditaja oleh: World Sport (SIBU)



LAPORAN KEJOHANAN BADMINTON ANTARA AGENSI KERAJAAN

DAERAH MERADONG & JULAU

IPG KAMPUS RAJANG

(KATEGORI BERPASUKAN)



1.0 Pengenalan

Sepanjang bulan Mac hingga Mei yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dengan kerjasama Kumpulan PISMP-PJ Sem 5 ambilan Jan 2008 telah mengadakan Kejohanan Badminton Antara Agensi Kerajaan Daerah Meradong & Julau IPG Kampus Rajang (Kategori Berpasukan). Kejohanan ini merupakan satu usaha Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dan Kumpulan PISMP-PJ Sem 5 ambilan Jan 2008 untuk memenuhi criteria dan penilaian matapelajaran PJM3113. Pertandingan ini diadakan selama 5 hari iaitu pada 31 Mac (Rabu), 1 April (Khamis), 7 April (Rabu), 15 April (Khamis) dan 4 Mei 2010 (Selasa) yang bertempat di Gelanggang Badminton, Dewan Sri Rajang

Setiap kumpulan yang bertanding dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 200. Sebanyak empat kumpulan telah mendaftar dalam pertandingan tersebut. Antaranya adalah IPR, PDRM A, PDRM B dan SMK Meradong. Namun demikian, diakhir pertandingan ini, IPR telah menjadi Johan, SMK Meradong selaku Naib Johan dan diikuti PDRM A dan PDRM B yang masing-masing mendapat tempat ke tiga dan keempat.

Berikut merupakan jadual keseluruhan Kejohanan Badminton Antara Agensi Kerajaan Daerah Meradong & Julau IPG Kampus Rajang (Kategori Berpasukan) sebelum final yang sebenar pada 4 Mei 2010 (Selasa) .

IPG KR
PDRM A
PDRM B
SMK M
JUMLAH MATA / SET

IPG KR

(2 – 1)
(2 – 1)
(1 – 2)
6

PDRM A
(1 – 2)

(1 – 2)
(1 – 2)
0

PDRM B
(1 – 2)
(2 – 1)

(0 – 3)
3

SMK M
(2 – 1)
(2 – 1)
(3 – 0)

9




Pemenang iaitu SMK Meradong yang telah memungut (9 mata) dan IPG KR (6 mata) akan bertemu semula di final sebenar bagi menentukan pemenang sebenar Kejohanan Badminton Antara Agensi Kerajaan Daerah Meradong & Julau IPG Kampus Rajang (Kategori Berpasukan).

Pada final tersebut, pemenangnya adalah IPG Kampus Rajang dimana vateran dan campuran IPG KR telah menang manakala beregu lelaki telah kalah dalam pertarungan yang sengit daripada kumpulan SMK Meradong. Kumpulan IPR telah membawa pulang sebuah Piala, t-shirt, raket badminton yang lengkap serta beg raket manakala kumpulan yang mendapat tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang sehelai t-shirt, raket badminton yang lengkap serta beg raket setiap seorang. Hadiah yang sangat lumayan ini adalah hasil tajaan daripada World Sport Centre.



2.0 Kekuatan

3.0 Kelemahan
Pengurusan masa. Terdapat segelintir pasukan yang lambat hadir dan ini telah menyebabkan pihak pengelola terpaksa menunggu pasukan yang lambat sampai.
Terdapat segelintir lineman daripada Gerko Badminton tidak mempunyai pengalaman tentang peraturan badminton dan ini telah menimbulkan masalah kepada pihak pengelola .
Kerjasama di antara pihak pengelola. Oleh kerana Kejohanan Badminton ini dibuat semasa Praktikum, jadi terdapat segelintir pihak yang tidak dapat menghadirkan diri ke venue kerana kekangan masa.
Terdapat segelintir ahli jawatankuasa yang bertugas tidak menumpukan perhatian semasa menjalankan tugas kerana mereka bermesej semasa bertugas.

4.0 Cadangan Mengatasi
Pihak pengajur harus bersikap dengan lebih tegas dan pihak pengajur seharusnya memberi taklimat dan memberikan lebih penekanan kepada masa. Pihak pengajur seharusnya mengingatkan para peserta untuk bersedia awal 30 minit di venue sebelum bermulanya perlawanan.
Ahli Gerko Badminton seharusnya diberi taklimat tentang peraturan-peraturan tentang badminton terlebih dahulu. Lebih elok lagi sekiranya pihak penganjur melakukan demonstrasi supaya ahli gerko badminton dapat memahami dengan lebih lanjut tentang peraturan.
Pihak pengelola sepatutnya melakukan jadual waktu bertugas lebih awal agar semua pihak yang terlibat mengetahui tugas masing-masing. Pihak pengelola harus memberi salinan kepada setiap ahli jawatankuasa.
Pihak pengelola seharusnya memberikan taklimat terlebih dahulu tentang peraturan,undang-undang pemainan kepada ahli jawatankuasa sebelum perlawanan bermula. Pihak pengelola juga harus mengingatkan disiplin diri semasa menjalankan tugasan ini adalah untuk mengelakkan masalah.

5.0 Penutup

Tuntasnya, pengelolaan pertandingan ini telah memberikan impak positif terhadap kami sebagai guru pelatih serta memberikan pengalaman yang cukup manis untuk dijadikan panduan ketika di sekolah kelak. Selain itu, pertandingan ini secara tidak langsung telah mewujudkan suasana yang harmonis serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan di kalangan guru pelatih, pensyarah, staff IPG Kampus Rajang dan masyarakat setempat selain agensi-agensi kerajaan.





Disediakan oleh



_________________________

(LILIANA WONG KING HUNG)

Setiausaha,

PISMP-PJ

Rabu, 16 Februari 2011

Blog Rasmi Jabatan PJK IPG Kampus Rajang

Blog ini merupakan blog rasmi Jabatan PJK IPG Kampus Rajang. Web ini menggantikan laman web yang sedia ada. http://www.schoolrack.com/p_jay.
Blog ini merupakan tempat anda berhubung dengan pensyarah dan rakan guru pelatih yang lain. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nota-nota kuliah, serta mengetahui jadual aktiviti, serta pemberitahuan terbaru Jabatan PJK IPG Kampus Rajang.