Welcome

Khamis, 14 April 2011

Laporan Program Pendidikan Luar_KPLI (B&K) - Amb Jan 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


LAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (B&K)
AMBILAN JANUARI 2011


DI
SK KAMPUNG ALIT, KABONG



PADA
5 HINGGA 8 APRIL 2011
Program Pendidikan Luar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Bimbingan dan Kaunseling) Ambilan Januari 2011.

Pada akhir program, pelajar-pelajar mendapati:
2.1 Menguruskan persediaan dan kelengkapan Pendidikan Luar dalam konteks Pendidikan Jasmani.
2.2  Menjalani amali Pendidikan Luar dengan amalan pelbagai perlakuan kemahiran aktiviti berasaskan air dan darat.
2.3  Melakukan kajian empirikal dan penilaian dalam aspek Pendidikan Luar.

Rujuk Lampiran

Abseiling
Perkhemahan
Ekspedisi Berkayak
Orienteering
Kajian Flora dan Fauna
Malam Kebudayaan
Pengurusan Peralatan
Gotong-royong

5 hingga 8 April 2011 (4 hari 3 malam)

Taman Rekreasi Sebangkoi, Sarikei (Abseiling)
Pantai Alit, Kabong (Perkhemahan, Aktiviti Air dan Darat)

Pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Bimbingan dan Kaunseling) Ambilan Januari 2011.

20 orang pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Bimbingan dan Kaunseling) Ambilan Januari 2011 diikuti oleh bimbingan 6 orang pensyarah (Encik Ismail Dikoh, Puan Florina Sigay, Encik Chula Bina, Encik Ling Chung Yeo, Encik K Raja a/l M. Kanapathy dan Encik Mcnair Kudang).

Abseiling
Sebelum memulakan aktiviti abseiling, peserta-peserta telah diberikan ceramah oleh Encik Chula Bina, selaku jurulatih Pendidikan Luar  tentang peralatan yang diperlukan dalam aktiviti tersebut dan menunjukkan demonstrasi untuk abseiling. Para peserta juga menjalankan simulasi dalam dua kumpulan sebelum menjalankan abseiling yang sebenar. Ini bertujuan untuk membantu para peserta menyesuaikan diri dalam keadaan sebenar abseiling.
Tahap penyertaan peserta adalah memuaskan. Semua peserta telah berjaya menyempurnakan abseiling. Sementara itu, tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Para peserta mempunyai kepuasan dan keseronokan kerana mereka berjaya menyempurnakan abseiling.

Perkhemahan
Sebaik sahaja tiba di SK Kpg. Alit, Kabong, para peserta dibahagikan dua kumpulan untuk membuat gadget untuk memulakan aktiviti perkhemahan. Semua ahli kumpulan berbincang sebelum pembinaan gadget. Mereka memberi pelbagai idea untuk memperkukuhkan gadget. Oleh sebab tiupan angin yang kuat,  para pensyarah juga memberi pertolongan untuk mempercepatkan pembinaan gadget. Akhirnya, atas bantuan pensyarah dan  kerjasama para peserta, mereka berjaya membina gadget masing-masing.
Selepas itu, para peserta meneruskan aktiviti dengan mendirikan khemah. Walaupun kawasan perkhemahan agak terhad, namun, mereka juga berusaha untuk mendirikan khemah kumpulan masing-masing.

Ekspedisi Berkayak
Sebelum aktiviti berkayak ini bermula, ketua jurulatih, Encik Chula Bina menunjukkan cara berkayak yang betul, selamat dan bersesuaian kepada para peserta, barulah mereka dibenarkan untuk berkayak di laut. Oleh sebab hanya 6 buah kayak, jadi, terdapat 15 orang peserta berpeluang untuk berkayak. Peserta yang berkayak dibenarkan untuk mencuba di laut dan cuba mengaplikasikan teknik berkayak yang telah dipelajari oleh mereka dan juga cara untuk menyelamatkan kawan-kawan yang cap site. Sementara itu, terdapat 5 orang peserta yang menunggu di atas perahu mabuk laut dan termuntah. Oleh sebab itu, mereka tidak mampu lagi turun untuk berkayak.
Walaupun terdapat peserta tidak mempunyai peluang untuk mencuba dalam aktiviti berkayak ini tetapi secara keseluruhannya, aktiviti ini telah dijalankan dengan memuaskan dan selamat tanpa menimbulkan kemalangan yang tidak diingini,  

Aktiviti Air
Sebelum memulakan aktiviti air, Encik Chula Bina selaku jurulatih telah membahagikan para peserta kepada dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan diberi peluang untuk memilih para pensyarah untuk menyertai kumpulan masing-masing dalam aktiviti air. Beberapa peserta juga dipilih sebagai pegadil sepanjang aktiviti dijalankan.
Selepas itu, aktiviti bola tampar dan bola sepak telah dijalankan sepanjang aktiviti air. Aktiviti bola tampar dijalankan di laut manakala aktiviti bola sepak dijalankan di tepi pantai. Tahap penyertaan peserta sangat baik. Semua peserta telah melibatkan diri dalam aktiviti air. Mereka telah bekerjasama untuk menunjukkan semangat berpasukan. Sementara itu, para peserta juga berpeluang memupuk hubungan yang baik dengan para pensyarah yang menyertai.

Orienteering
Encik Chula Bina memberikan taklimat ringkas terhadap penggunaan kompas dan cara melukis peta sebelum aktiviti bermula. 20 orang peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang peserta. Setiap kumpulan diberi tugasan seperti pembaca kompas, perintis, pengiraan langkah, lukis peta dan pencatat. Beliau memberi arahan kepada setiap kumpulan untuk mencari 20 tempat untuk menyembunyikan kertas. Selepas itu, setiap kumpulan mencari semua kertas yang telah disembunyikan itu untuk tiba ke tempat terakhir masing-masing.
Secara kesimpulannya, semua kumpulan telah berjaya menyempurnakan aktiviti ini. Kebanyakan kumpulan telah mencatat sudut dan langkah yang betul tetapi mereka tidak menyatakan skala dalam kertas dan terdapat kertas disembunyikan di tempat yang tidak mudah dinampak. Para peserta telah mempunyai kesedaran untuk menerima cabaran dalam kehidupan dan memupuk kesabaran dalam rintangan kehidupan.

Kajian Flora dan Fauna
Encik Ismail Dikoh telah memberikan taklimat ringkas mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan oleh setiap kumpulan dalam aktiviti ini. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam. 20 orang peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang peserta. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu kawasan seluas 100 meter X 100 meter di sepanjang kawasan tepi pantai. Setiap kumpulan dikehendaki mengenalpasti flora fauna, sistem ekologi dan tahap pencemaran yang terdapat di kawasan itu.
 Kesimpulannya, aktiviti ini dapat membantu para peserta meningkatkan tahap kefahaman dan pengetahuan peserta tentang flora dan fauna secara semula jadi di kawasan pantai.  Sebagai kesimpulan, setiap kumpulan membuat ringkasan mengenai kajian flora dan fauna yang dijalankan.

Malam Kebudayaan
Dalam malam kebudayaan, peserta-peserta yang dibahagikan kepada kumpulan 1 dan 2 . Pada permulaan malam kebudayaan, terdapat aktiviti raja dan ratu rimba. Maka, setiap kumpulan telah memilih dua orang peserta yang menjadi raja dan ratu rimba. Cara pemakaian mereka adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan di hutan, iaitu para peserta telah menggunakan daun, bunga, batu-batan, siput dan sebagainya untuk membuat pakaian. Selain itu, kumpulan 1 dan 2 telah membuat persembahan bersama-sama, iaitu sketsa bertema “Pendidikan Luar” dan nyanyian “Fikirkan Boleh”. Peserta-peserta telah membuat lakonan tentang sebelum dan selepas seseorang peserta menyertai Pendidikan Luar. Selepas itu, peserta-peserta juga menyanyikan lagu “Fikirkan Boleh” untuk membangkitkan keyakinan terhadap diri sendiri bahawa kita perlu mempercayai bahawa kita mempunyai kemampuan untuk berjaya. Secara keseluruhannya, proses malam kebudayaan telah menjalan dengan lancar dan ini telah membawa keseronokan dan kegembiraan.

Pengurusan Peralatan
Sebaik sahaja semua peserta mengambil sarapan pagi, mereka bermula mengemaskan kawasan perkhemahan dan peralatan. Semua peserta membahagikan tugas seperti mencuci khemah, mencuci kayak, mencuci peralatan abseiling dan sebagainya. Pengurusan peralatan yang dijalankan oleh semua peserta telah menunjukkan semangat bekerja dan saling tolong-menolong.  Ia telah mempercepatkan proses pengurusan peralatan di samping menjimatkan masa.

Gotong-Royong
Para pensyarah dan peserta IPG Kampus Rajang telah menjalankan aktiviti gotong-royong di SK Kebangsaan Kampung Alit. Maka, para peserta telah menjalankan kerja amal, iaitu aktiviti gotong-royong di sekolah tersebut. Mereka telah membersihkan sekolah, iaitu tapak perkhemahan demi menjaga dan memulihara tapak perkhemahan tersebut. Jadi, ini telah memberi pengalaman yang baik kepada para peserta dalam usaha untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam kalangan peserta yang akan menjadi guru nanti.
Secara kesimpulannya, Pendidikan Luar telah berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak. Semua pihak telah memberi sumbangan demi menyempurnakan aktiviti ini. Sementara itu, Pendidikan luar telah mencapai objektif, di mana para peserta telah berjaya memperkembangakan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu dengan meningkatkan kefahaman tentang alam luar, pertalian ekologikal dan penghargaan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar dan memupuk penggunaan masa lapang dengan bijak melalui pengalaman dalam kegiatan-kegiatan rekreasi alam luar. 



Disediakan oleh,                                                                Disahkan oleh,


……………………………….                                             …………………..
(ANGELA NGU SING LING)                                            (HU TING MING)

Setiausaha                                                                         Pengerusi
Program Pendidikan Luar                                                Program Pendidikan Luar


Disemak oleh,


………………………..
(Dr. Ong Kong Swee)
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan






Foto Kumpulan (klik untuk besarkan imej)
Pensyarah pembimbing (En Chula Bina) sedang memberikan taklimat sebelum aktiviti.


Peserta dalam kostum 'hutan' semasa aktiviti malam kebudayaan.


Aktiviti simulasi abseiling dilakukan di Taman Rekreasi Sebangkoi.
Pesert sedang bersiap sedia dengan barang-barang untuk aktiviti seterusnya.
Pensyarah menunjukkan cara untuk membersihkan alatan dan gajet selepas digunakan.

Jumaat, 1 April 2011

Tugasan PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1- Kaedah

Kepada pelajar PISMP Major PJ Semester 7 Ambilan Jan 2008, sila ambil perhatian tentang tugasan anda semasa praktikum PJM3116. Pastikan anda mengikut panduan baru mengenai cara menyelesaikan tugasan ini. Bersama dengan kenyataan ini dilampirkan tugasan terkini yang perlu anda ikuti. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee secepat mungkin jika menghadapi apa-apa masalah. Terima kasih.
Klik link untuk download >>> http://static.schoolrack.com/files/6020/310770/KKBI_JPT_PMM_PJM_3116_2011_terkini.doc <<<