Welcome

Rabu, 19 Oktober 2011

Al-Fatihah

Takziah kepada ahli keluarga,

Allahyarham Sidop @ Ahmad B Bidin.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Daripada

Semua warga IPG Kampus Rajang
Semua Pensyarah Jabatan PJK IPG Kampus Rajang
Semua Pelajar PGSR-PJ Ambilan November 2008.

Khamis, 13 Oktober 2011

Laporan Seminar Penyelidikan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan 2011



BINTANGOR, SARAWAK :  Pendedahan berkaitan dengan perkembangan penyelidikan Pendidikan Jasmani (PJ) dan bidang Sains Sukan mampu membantu negara meningkatkan prestasi sukan ke tahap yang lebih membanggakan, demikian menurut Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang, En. Raymond Gai Panting @ Gaie dalam ucapan majlis perasmian penutupan Seminar Penyelidikan PJ & Sains Sukan Sarawak 2011 anjuran Jabatan PJK, IPG Kampus Rajang yang diadakan pada 1-2 Oktober yang lepas. Hadir sama dalam majlis itu termasuklah Ketua Jabatan PJK IPG Kampus Rajang merangkap penyelaras seminar, Dr. Ong Kong Swee serta para pensyarah IPG.
Pendaftaran peserta seminar. 

Taklimat peserta seminar.


Seminar  Penyelidikan ini bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar akademik sukan, saintis sukan, para pendidik bidang PJ, instruktur sukan dan kecergasan serta pihak yang berkaitan dengan bidang PJ, industri sukan dan kesihatan bagi berkongsi idea, kajian serta isu-isu sains sukan terkini sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan semasa yang global. Seminar sepanjang 2 hari telah menghimpunkan ahli-ahli panel yang tidak asing lagi dalam arena sukan tanah air iaitu Prof. Madya Dr. Jabar Hj. Johari (bekas Pengarah Institut Sukan Negara, ISN), Prof. Madya Dr. Wee Eng Hoe (penulis buku sukan), Dr. Balbir Singh Gill (Universiti Malaya), Dr. Chen Chee Keong (USM, Kubang Kerian) serta En. Muhtasham Katan (Panel Pendidikan Kejurulatihan, BAM). Turut menjayakan seminar adalah 16 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) major PJ Semester 8 di mana mereka turut membentangkan hasil kajian mereka. Seminar ini juga telah dihadiri seramai 150 peserta yang terdiri daripada guru-guru PJ serta guru-guru pelatih dari 4 buah IPG Zon Sarawak iaitu IPG Kampus Rajang sendiri, IPG Kampus Sarawak Miri, IPG Kampus Batu Lintang Kuching dan IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
Dr. Balbir Singh. 
Prof. Madya Dr. Wee Eng Hoe.

Dr Chen Chee Keong. 

Prof. Madya Dr. Jabar Johari. 

Encik Muhtasham Katan. 


Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang perkembangan sains sukan terkini kearah pembentukan atlet yang berkualiti. Selain itu, seminar ini juga menjadi platform terbaik bagi para pakar serta penyelidik sains sukan berkongsi pengalaman dan hasil kajian mereka agar dapat diperluaskan demi kebaikan bersama. Seminar yang bertemakan ‘Penyelidikan Berkualiti Menjana Transformasi PJ & Sains Sukan’ adalah bertepatan dengan agenda pendidikan nasional semasa yang menuntut para pendidik serta pengamal sukan dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi, kreatif dan berpengetahuan luas serta mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Perbentangan hasil kajian dari Pelajar Pendidikan Jasmani Amb Jan 2008 IPG Kampus Rajang.

“Harapan saya dengan penganjuran seminar sedemikian, para peserta akan dapat memperoleh sebanyak mungkin input kearah pembentukan dan perkembangan sukan Negara yang berkesan dan impaknya kelak akan membawa kepada peningkatan kualiti dan kuantiti prestasi sukan Negara,” ujar Raymond dengan penuh bersemangat.

Resolusi Seminar Bersama Peserta Seminar.

Penyampaian Cenderamata kepada panel jemputan oleh Pengarah IPG Kampus Rajang.

Sebanyak 20 kertas kerja dibentang termasuk satu slot amali badminton sepanjang 2 hari seminar berlangsung. Isu-isu yang dikupas dalam membicarakan PJ  dan sains sukan ini termasuklah yang membabitkan kejurulatihan dan latihan, fisiologi, pemakanan sukan, psikolgi sukan, biomekanik serta aplikasi pengajaran dan pembelajaran PJ.

Seminar ini yang meliputi tajuk-tajuk dalam bidang PJ dan Sains Sukan semasa diharapkan akan menjadi medan kepada para pensyarah, guru-guru dan para pelajar untuk memberi dan menimba pengetahuan serta berkongsi kepakaran hasil penyelidikan demi memupuk budaya menyelidik dan peningkatan budaya bekerja secara professional serta usaha meningkatkan profesionalisme keguruan.

Sesi Fotografi selepas Majlis Penutupan Rasmi Seminar Penyelidikan PJ & Sains Sukan 2011.