Welcome

Sabtu, 28 Januari 2012

KURSUS KEPEGAWAIAN FUTSAL FAM

Jabatan PJK IPG Kampus Rajang dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia akan mengelolakan Kursus Kepegawaian Futsal FAM di Bintangor.
Ketetapan Kursus adalah seperti berikut:

Tarikh : 2-3 Mach 2012
Tempat: Stadium Indoor Bintangor
Bilangan Peserta : 40 peserta
Yuran pendaftaran : RM 70 untuk pelajar dan RM 140 untuk BUKAN pelajar.

Pihak kami menjemput sesiapa yang berminat untuk mendaftar diri untuk kursus ini secepat mungkin kerana bilangan adalah terhad kepada 40 peserta sahaja. Jangan lepaskan peluang ini sebab kursus sebegini bukan kerap dijalankan di kawasan Maradong, Sarikei atau Sibu malahkan di Sarawak. Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci sila buat maklumbalas dalam bahagian ulasan di blog ini atau hubungi Dr. Ong Kong Swee Ketua Jabatan PJK (0168626509) atau email : dr.ongkongswee@gmail.com.

TARIKH TUTUP pendaftaran kursus tersebut adalah pada 15 Febuari 2012. Sila beri maklumat-maklumat seperti berikut untuk pendaftaran:

KURSUS: KEPEGAWAIAN FUTSAL FAM
NAMA:______________
NO. KAD PENGENALAN:_____________
ALAMAT  RUMAH:_________________
ALAMAT PEJABAT:_________________
NO. HANDPHONE; ______________
NO. FAX:_______________________

Sila sms atau fakkan maklumat tersebut untuk perhatian DR.ONG KONG SWEE, KETUA JABATAN PJK, IPG KAMPUS RAJANG.

Isnin, 16 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

JABATAN PJK IPG KAMPUS RAJANG
(KETUA JABATAN PJK DR. ONG KONG SWEE & KELUARGA) 
MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA IPGM, TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR IPG KAMPUS RAJANG DAN RAKAN-RAKAN LAIN. SEMOGA TAHUN NAGA 2012 AKAN MEMBAWA KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA SEMUA SE ISI KELUARGA.


Wishing you a Very Happy 2012 & Prosperous Chinese New Year of the dragon that brings you peace, happiness, good health and good fortune.

May God Bless Us All Always.

GONG XI FA CAI

Ahad, 8 Januari 2012

Bahan Rujukkan Untuk PJM 3109 Kemahiran Bola Sepak

Sila layari website http://soccerxpert.com untuk mendapat pelbagai aktiviti latih tubi yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah mengikut umur. Website ini memberi beberapa cadangan aktiviti latih tubi kemahiran asas bola sepak yang menarik dan mengikut kehendak dan kebolehan pelajar di sekolah rendah. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee jika memerlukan bantuan.

Kepada pelajar kursus PJM 3109 sila "download" video clip yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Bola sepak di sekolah rendah (mengikut sukatan KSSR) terutama latihtubi, ansur maju atau drills dan permainan modifikasi (kemuncak P & P) yang di cadangkan dalam website tersebut. Cuba kumpulkan video clip tersebut mengikut kemahiran asas bola sepak yang akan dibincangkan dalam kelas.

Tugasan PJM 3109 Pembentangan dan Penyampaian Berkumpulan

Pelajar Kursus PJM 3109 sila ambil perhatian kepada tugasan anda seperti berikut:

Anda dikehendaki menyediakan dalam kumpulan nota ringkas dan penyampaian grafik 1 dari topik :

a) Bola Sepak (1 kumpulan)  
b) Futsal          (1 kumpulan) 
c) Bola Jaring  (2 kumpulan)


Pelajar perlu menyediakan perkara-perkara berikut pada 10 dan 11 Jan 2012 waktu kelas PJM3109 
1.0    Sejarah (Asal usul, Sejarah Antarabangsa dan Negara), Peraturan-peraturan & Undang-Undang 
2.0    Nota ringkas/ grafik hendaklah dilengkapkan dalam bentuk MS "Power Point"
3.0    Disediakan secara berkumpulan (5 pelajar satu topik)
4.0    Disediakan dalam bentuk 'Hard Copy' dan 'soft copy'.
5.0    Anda dikehendaki membentang dan memyampaikan secara berkumpulan
6.0    Jangka masa pembentangan  ialah 30 minit.
7.0     Setiap pelajar akan diberi tidak lebih dari 6 minit utk membentang topik tersebut.


JPT/Kerja kursus untuk Kursus PJM 3109 adalah seperti berikut sila cetak bahan tersebut:







Khamis, 5 Januari 2012

Selamat Kembali

Selamat Kembali ke IPG Kampus Rajang
kepada
Semua Guru Pelatih IPG Kampus Rajang
Semoga anda semua menjalani kursus anda sepanjang 2012 dengan jayanya.

Kepada PISMP Ambilan Jan 2008,
Semoga menjadi guru yang berdedikasi dan Selamat Mengajar!!!

Daripada, Jabatan PJK IPGK Rajang.

Selasa, 3 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPG KAMPUS RAJANG
MENGUCAPKAN
SELAMAT TAHUN BARU 2012
KEPADA SEMUA WARGA IPG KAMPUS RAJANG, BINTANGOR SARAWAK.