Welcome

Khamis, 26 April 2012

Pengumuman Serah Tugasan PJM3115 Kumpulan PGSR Ambilan Nov 2008

Untuk makluman semua pelajar PGSR (PJ) Ambilan Nov. 2008 sila serah tugasan anda PJM3115 Pengukuran dan Pengujian PJ dan Sukan secepat mungkin sebelum 30 April kepada En. Chula Bina Ketua Jabatan PJK. Pastikan satu salinan "hardcopy" diserahkan kepada Jabatan PJK IPG Kampus Rajang. Sila hubungi En. Chula Bina jika ada masalah.

Selasa, 24 April 2012

Tugasan PJM3116 (Proposal Kajian Tindakan) PGSR (PJ) Ambilan Nov. 2008

Sila ambil perhatian semua pelajar PGSR Major Pendidikan Jasmani Ambilan November 2008, semua pelajar perlu serahkan semua proposal kepada Dr. Ong Kong Swee sebelum 27 April 2012. Jika pelajar telah hantar proposal kepada penyelia sila dapatkan komen dan pembetulan dan serahkan kepada Dr. Ong Kong Swee (ongkongswee@gmail.com) setelah membuat penambahbaikan secepat mungkin. Tugasan proposal PJM3116 perlu diserahkan kepada Dr.Ong secara "hardcopy"  pada 27 April 2012. Jika ada masalah sila hubungi saya secepat mungkin (0168626509).

Isnin, 9 April 2012

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I

Kursus Sains Sukan ini diadakan selama lima hari iaitu pada 9-13 Mac 2012. Pada pukul 7 - 8 pagi merupakan waktu pendaftaran untuk ahli kursus. Seramai 71 orang peserta telah mendaftarkan diri  dan terdiri daripada guru pelatih IPR, IPTAR, IPBL, guru-guru sekolah dan jurulatih. Selepas sesi pendaftaran, peserta dikehendaki ke Dewan Kenanga untuk taklimat.
Pada jam 8.00 pagi merupakan sesi taklimat bersama Dr Ong Kong Swee. Beliau memberi penerangan tentang kursus yang bakal diambil oleh para peserta. Para peserta perlu menghadirkan diri sepanjang kursus ini. Kehadiran sebanyak 90% baru melayakkan para peserta untuk mengambil peperiksaan pada akhir kursus ini. Untuk menjadi jurulatih bertauliah, para peserta perlu mendapatkan sijil sukan spesifik, sijil sains sukan dan menjalani praktikum mengikut tahap yang ditetapkan iaitu tahap 1, 2 dan 3.

                                                                      Hari pertama 

                                                             
                                                                 Pendaftaran peserta


Taklimat kepada peserta Kursus Sains Sukan Tahap 1 oleh Dr.Ong Kong Swee

Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Chin Ngien Siong tentang  Falsafah Kejurulatihan, Sejarah Sukan di Malaysia dan Kompetensi Kejurulatihan 
                                                                               
Contoh-contoh demonstrasi semasa ceramah Dr. Chin Ngien Siong 

Hari Kedua 
Ceramah yang diberikan oleh Encik Ling Chung Yeo tentang tajuk anatomi dan fisiologi  

Dr. Ong Kong Swee memberi ceramah tentang Asas Biomekanik , Perlakuan Motor dan Pisikologi Sukan  kepada peserta Kursus Sains Sukan Tahap 1

Dr.Ong Kong Swee melakukan demonstrasi untuk semasa ceramah 
                                                                       Hari Ketiga 


Ceramah disampaikan oleh Encik Vivenkanandan


Demonstrasi cara untuk warming up dari En.Vivenkanandan

Gambarajah menunjukkan En. Vivekanandan membuat demonstrasi pemanasan badan bersama salah seorang daripada peserta kursus. 

Antara contoh demonstrasi yang dilakukan oleh En. Vivekanandan berhubung aktiviti “cooling down”.  

Hari Keempat 
En. Patrick Tang Lay Ming (Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang) memberikan ucapan beliau dan merasmikan majlis penutupan Kursus Sains Sukan Tahap 1 (SPKK). 

En. Patrick Tang menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada wakil pihak MSN En. R. Vivekanandan. 


En. Patrick Tang diiringi En. Chula menyampaikan cenderahati kepada pihak peserta.  



Laporan Klinik Kepegawaian Futsal (FAM) 2012 IPG Kampus Rajang

Pada 2,3 MAC 2012-Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Rajang dan PISMP pendidikan Jasmani telah mengadakan Klinik Kepegawaian Futsal (FAM) 2012 bertempat di Gelanggang Futsal Bintangor, Sarawak.Seramai 54 orang pelajar IPG Kampus Rajang telah menyertai klinik kepegawaian.Pengajuran Klinik Kepegawaian Futsal merupakan satu platform dalam mendalami ilmu bidang futsal khususnya undang-undang permainan dan pengelolaan pertandingan FUTSAL. Antara objektif klinik kepegawaian ini adalah untuk memberikan pendedahan secara holistic berhubung undang-undang dan peraturan terkini Futsal, menambahbaikan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran kejurulatihan dan pengelolaan kursus seperti yang diperlukan dalam sukana proforma GERKO dan performa PISMP PJ. Selain itu pelajar dapat menerapkan dan mengaplikasikan kaedah kolaboratif, koperatif dan penyelesaian masalah yang meliputi aspek projek dalam menggalakan interaksi antara pelajar bagi menjayakan sesuatu projek atau program. Pelajar dapat menyahut cabaran Kementerian Belia dan Sukan iaitu melibatkan pemuda-pemuda berekreasi pada waktu petang dan lapang. Pelajar turut menjelmakan kepelbagaian strategi pengelolaan sesuatu program sukan. Pada hari pertama berlangsungnya majlis perasmian Klinik Futsal pada jam 2.00 petang oleh Dr Ong Kong Swee telah memulakan sesi klinik dengan undang-undang 1 hingga 8. Penceramah jemputan dari FAM iaitu En Abdullah Bin Abu dan En. Daidi Bin Hj. Daim. Pada hari kedua  pula disambung dengan undang-undang 9 hingga 18. Pada sebelah petang diadakan latihan amali kejurulatihan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Program Klinik Kepegawaian Futsal (FAM) berakhir pada jam 5 petang dengan majlis pencapaian sijil dan cenderamata kepada peserta yang terlibat dan penceramah jemputan.Harapan dari pihak pengajur,semoga kursus seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Dr. Ong menyambut kedatangan penceramah bagi kursus futsal, En. Abdullah Bin Abu dan En.Daidi bin Hj Daim

Ketibaan pengarah di kompleks sukan tertutup, Bintangor

Pengarah IPG Kampus Rajang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan  Klinik Kepegawaian Futsal

Penceramah-penceramah Klinik Kepegawaian Futsal, En.Abdullah Bin Abu dan En. Daidi  Bin Hj Daim

Para peserta Klinik Kepegawaian Futsal

Gambar berkumpulan diambil bersama Penceramah Klinik Kepegawaian  Futsal 

En.Daidi Bin Hj Daim melakukan demonstrasi sewaktu memberi ceramah 
Amali diadakan untuk mengaplikasikan ilmu mengenai kepegawaian yang telah dipelajari 

Aksi-aksi menarik semasa amali futsal 

Dr. Ong memberi cenderamata  kepada penceramah 

Dr. Ong memberi  cenderamata kepada penceramah 

Dr. Ong memberi Sijil Penghargaan kepada wakil pelajar, Alif Fahmi

Antara aksi-aksi menarik semasa amali futsal

Pertandingan Bola Sepak IPG Kampus Rajang

Bintangor, Sarawak- IPG Kampus Rajang telah mengadakan pertandingan bola sepak pada 27 Feb hingga 29 Feb 2012 di padang bola sepak IPG Kampus Rajang. Sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada kali ini dimana pasukan-pasukan terdiri daripada 7 pasukan lelaki dan 7 pasukan perempuan. Penganjuran kali ini adalah selaras dengan usaha kumpulan PJ yang telah membersihkan dan mengecat semula padang untuk menjadikan padang lebih sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar. Jadi, pertandingan telah dianjurkan untuk merasmikan padang yang telah diperbaharui. Seperti yang diketahui umum, Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Jadi, adalah lebih baik untuk mempunyai 11 orang pemain dalam satu pertandingan bola sepak yang rasmi. Tetapi, memandangkan pelajar-pelajar di kampus tidaklah ramai sangat, satu pasukan hanya mempunyai 9 orang pemain sahaja termasuk simpanan. Walaupun setiap pasukan hanya mempunyai 9 orang pemain, tetap boleh menampakkan setiap pasukan menunjukkan usaha, keazaman, iltizam dalam usaha untuk menjaringkan gol sepanjang permainan. Sepanjang pelangsungan pertandingan bola sepak selama tiga hari, hujan yang lebat juga tidak melemahkan semangat setiap pemain walaupun pertandingan pada hari kedua ditangguh seketika. Di samping itu, perkara yang menggembirakan untuk pertandingan pada kali ini adalah staf sokongan yang berganding dengan staf akademik juga telah menghantar pasukan untuk pertandingan kali. Walaupun mereka lebih tua dari segi umur, tetapi mereka telah menunjukkan kesungguhan yang cukup tinggi semasa bermain dengan pelajar-pelajar. Selain  itu, semua pemain telah bermain secara adil dan saksama dan tidak melakukan perkara-perkara yang melanggari displin mahupun membantah keputusan pengadil. Walaubagaimanapun, pertandingan kali ini boleh dikatakan menghadapi sedikit rintangan apabila menampakkan pihak penganjur yang menghadapi kekurangan orang dan kekurangan kepakaran dalam melaksanakan sesetengah tugas terutamanya semasa pertandingan sedang berlangsung yang kadang-kala menampakkan pengadil yang terdiri daripada pelajar tidak berani dan yakin diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk menentukan sesuatu perkara. Jadi, pertandingan seperti ini harus diadakan lebih kerap supaya pelajar boleh mempelajari menguruskan sesuatu penganjuran dan memperoleh pengalaman daripada sesuatu penganjuran dan tidak dinafikan juga bahawa pertandingan boleh mengeratkan silaturahim antara pelajar dengan pelajar dan juga dengan staf akademik dan juga staf sokongan. Pertandingan berakhir dengan kumpulan lelaki dijuarai oleh  BE MY BABY dan kumpulan perempuan dimenangi oleh pasukan NAK LEPUT ANYUT KARAM DI LAUT.

Dr. Ong Kong Swee memberi kata-kata alauan sempena perasmian pertandingan bola sepak IPG Kampus Rajang
Pengarah, En. Raymond Gai Panting @ Gaie memberi ucapan dan seterusnya merasmikan pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh kumpulan PISMP PJ AMBILAN JAN 2011


ANTARA AKSI-AKSI MENARIK SEPANJANG PERTANDINGAN BOLA SEPAK
                                                       HARI PERTAMA





                                                                     HARI KEDUA




                                                                               
                                                                 
                                                                    HARI KETIGA 




Ahad, 1 April 2012

Perhatian Kepada Pelajar PGSR & PPG Major PJ (Nota Kursus)

Kepada semua pelajar PGSR Major PJ Ambilan 2009 sila dapatkan nota-nota dan slides untuk PJM3116 di halaman kiri blog ini iaitu dibawa tajuk nota-nota PJ untuk persediaan Proposal Kajian Tindakan dan juga hadapi pepriksaan anda. Sama juga semua pelajar PPG Major PJ Ambilan Jun 2011 sila dapatkan nota-nota dan slides untuk PJM3105 di tempat yang sama. Sila hubungi saya Dr. Ong Kong Swee (Pensyarah Cemerlang DG52) 0168626509 untuk mendapat password membuka bahan-bahan yang diperlukan. Tolong baca bahan-bahan yang ada untuk persediaan peperiksaan anda. Terima kasih.

Bahan tambahan sila klik kepada bahan ini  : Kajian Tindakan dan Kajian Tindakan 1

Soalan-Soalan ini perlu dijawab oleh pelajar PPG PJM3105 untuk dibincangkan bersama :
Soalan Latihan PJM3105

Sila hubungi saya Dr. Ong Kong Swee jika ada masalah.Terima kasih.