Welcome

Khamis, 10 Mei 2012


Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara
Negeri Sarawak

Bagi memenuhi syarat sukatan rancangan pembelajaran Pendidikan Jasmani 3110, 3 kumpulan iaitu PISMP BC, PISMP PS dan PISMP BM Ambilan Jan 2010 yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor telah mengadakan lawatan ke Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak di Kuching pada 7 Mac 2012. Lawatan ini mengambil masa 3 hari 2 malam. Kami diiringi oleh beberapa pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani. Tujuan utama mengadakan lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan para guru pelatih mengenai proses pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak, proses pemilihan atlet sebagai wakil serta isu-isu dalam bidang sukan.
Pada jam 7 pagi 3 Mac 2012, kami seramai 55 guru pelatih telah bersiap-sedia untuk bertolak ke Kuching, Kami tiba di Kuching dan telah mendaftar di Hotel Grand Continental pada jam 5 petang. Kami telah diberi taklimat pendek mengenai prosedur  dan perjalanan program pada keesokan hari oleh pensyarah, iaitu Encik Ismail Dikoh.

Perjalanan dari IPG Kampus Rajang ke Kuching


Sesi bergambar sebelum bertolak dari IPG


          Taklimat Prosedur



Taklimat diberi oleh pensyarah pembimbing

Pada keesokan hari, kami telah sampai ke Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak pada 9:00 pagi. Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak merupakan dua bangunan yang bersebelahan. Oleh kerana jumlah pelajar IPG terlalu ramai, kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk memudahkan proses lawatan.
Di Institut Sukan Sarawak, kami berpeluang memasuki bilik gimnasium dan berpeluang untuk berjumpa dengan para wakil negeri dan wakil negara. Pada ketika itu, para pemain bola sepak Pasukan Sarawak sedang mengadakan latihan bebanan. Kami juga berpeluang untuk bergambar bersama mereka. Peralatan yang ada di situ lengkap untuk kegunaan para atlet. Bilik gimnasium ini juga boleh digunakan oleh orang ramai dengan syarat pembayaran. Pihak yang bertanggungjawab juga telah menjelaskan cara-cara penggunaan peralatan yang ada. Selain itu, beliau juga banyak menjelaskan tentang proses pengurusan Institut Sukan Negeri Sarawak dan kelayakan sebagai seorang jurulatih serta sedikit sebanyak mengenai isu-isu sukan.

Taklimat dan penerangan dari Pengarah/ Pegawai kejurulatihan


Pelajar-pelajar mendengar penerangan daripada pegawai sukan, ISN.



Peralatan-peralatan yang terdapat di dalam gimnasium



Atlet-atlet sedang menjalankan latihan bebanan


Sesi bergambar dengan pemain Pasukan Bola Sepak Sarawak


Selepas itu, kami diberi peluang untuk menyaksikan Planetarium. Ini merupakan salah satu pengalaman yang menarik kepada kami. seterusnya, kami telah menjejakkan kaki ke Majlis Sukan Negeri Sarawak. Kami telah berjumpa dengan pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak. Beliau telah memberi taklimat ringkas mengenai pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri Sarawak. Selain itu, beliau juga telah berkongsi pendapat mengenai isu-isu yang ditimbulkan seperti peruntukan dalam sukan, proses yang perlu dilalui oleh seorang atlet dan jurulatih, sebab-sebab pemilihan atlet tidak dilatih daripada awal dan sebagainya. Melalui peluang ini, kami guru pelatih yang kurang pengetahuan dalam sukan berpeluang menyoal dan menyatakan pendapat kami tentang program yang dijalankan. Kami amat bertuah kerana mempunyai peluang ini untuk memahami masalah-masalah dan keadaan sebenar dalam bidang sukan di Sarawak. Lawatan pada kali ini tamat pada waktu petang.


 
Taklimat khas dari Pengarah MSN,Sarawak-- Encik Francis Nyurang Ding


Pengarah MSN memberi taklimat kepada pelajar
Pengarah MSN menyampaikan cenderamata kepada Pensyarah pengiring,
Encik Ling Chung Yeo


Pelajar-pelajar IPG mengambil gambar bersama Pengarah MSN, Sarawak


              Pada 9 Mac 2012, kami bertolak balik ke IPG setelah kami siap bersarapan. Lawatan Ilmiah ke Kuching tamat dengan sempurnanya.
Secara kesimpulannya, lawatan pada kali ini telah membuka mata para guru pelatih dalam melayari bidang sukan di negara kita. Kami amat berterima kasih kepada para pensyarah yang telah mengiringi kami sepanjang perjalanan ini. Sekiranya diberi peluang, kami berharap dapat mengadakan lawatan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

LAWATAN KE BALAI BOMBA CAWANGAN SUNGAI MERAH, SIBU



Pensyarah pengiring, selaku Penyelaras, Puan Florina memberikan sedikit taklimat sebaik sahaja sampai.

        Pada 25 Mei 2012,seramai 20 orang pelajar PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011 dan diiringi oleh 2 orang pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan pendidikan keselamatan di Balai Bomba Sungai Merah, Sibu Sesi ceramah yang pertama telah di jalankan sekitar jam 8 pagi sebaik sahaja tiba di sana.Kami telah di sambut dengan baik oleh pihak bomba.
Para pelajar menanti pihak bomba untuk memaklumkan tempat ceramah dijalankan.

Sesi pertama di mulakan dengan ceramah mengenai keselamatan kebakaran oleh En Morshidi Bin Taha. Ceramah beliau di mulakan dengan sesi perkenalan diri bersama peserta dan pegawai di sana.



            Ceramah mengenai keselamatan kebakaran menjadi langkah awal untuk mengelakkan api kebakaran.Selain itu, kami telah di dedahkan mengenai kategori-kategori kebakaran sama ada jenis kecil ataupun besar.Kami juga di dedahkan mengenai cara memadam api kebakaran iaitu menyelimut, menyejukkan dan melaporkan kepada pihak bomba.Selain itu, cara merebakkan api dengan menggunakan olak haba lebih-lebih lagi sekiranya berlaku di bangunan.Olak haba di gunakan untuk mengelakkan dari terus menerus kebakaran tanpa kawalan.Peserta juga di dedahkan dengan jenis-jenis pemadam api iaitu A,B. C, D.Setiap jenis alat pemadam api mempunyai fungsi bahan yang telah di tetapkan.
Penceramah juga menerangkan langkah-langkah menggunakan alat pemadam api dengan betul iaitu PASS = Pull,Aim,Squeeze dan Sweep. Penceramah juga telah mengingatkan peserta mengenai memberi laluan kepada kereta bomba sekiranya terdapat kereta bomba terdapat di jalan raya untuk mengelakkan kelambatan mereka sampai ke tempat kebakaran,Perkara seperti ini seharusnya memberi kerjasama dan dapat di sampaikan kepada masyarakat yang berada di luar sana.
Pada slot yang terakhir, penceramah membuka kepada peserta untuk mengajukan beberapa soalan sekiranya masih terdapat keraguan mengenai kebakaran.
Sesi ceramah yang kedua telah dijalankan sekitar jam 10.30 pagi oleh Encik peter ak. Jinang iaitu pegawai bomba yang bertugas dalam bidang pengurusan latihan dan praktikal bomba. Sebelum diteruskan dengan isi ceramah yang disampaikan, beliau memberikan sedikit maklumat ringkas mengenai latar belakang beliau sepanjang berkhidmat dengan pihak bomba. Beliau merupakan warga Sibu dan telah pun berkhidmat dengan jabatan bomba selama 11 tahun. Sebelum berpindah ke sini, beliau telah bertugas di Balai Bomba Kapit. 
Penceramah kedua, Encik Peter ak Jinang memulakan sesi ceramah kedua.

Ceramah dan juga penerangan dijalankan malah sesi soal jawab dengan pelajar juga diadakan.

Bergambar dengan pegawai bomba yang memberikan ceramah.


Sesi ceramah beliau dimulakan dengan tayangan video berkaitan keselamatan kebakaran. Antara perkara penting yang dimuatkan di dalam video itu ialah panduan-panduan jika berlaku kebakaran di kawasan tempat tinggal dan tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut. video yang mengambil masa selama lebih kurang 30 minit itu memberikan beberapa pengetahuan dan ilmu baru kepada para peserta lawatan ini terutamanya dalam aspek melawan kebakaran.
Selepas itu, sesi diteruskan dengan fokus utama ceramah yang ingin disampaikan iaitu ‘Good Housekeeping’ ataupun ‘Penjagaan di Rumah atau Pejabat’. Dalam konteks pengawalan kebakaran, ianya membawa maksud mengendalikan barang tanpa mendatangkan bahaya kepada orang lain. Inilah yang cuba disampaikan oleh penceramah kepada para peserta agar peserta memahami akan situasi sebenar dalam mengawal kebakaran. Pengawalan kebakaran bukan sahaja memadam api yang sedang marak, tetapi lebih penting, menghalang api tersebut daripada merebak ke tempat atau barangan yang lain. Ini adalah prinsip yang ditekankan oleh pihak bomba kepada orang awam.
Selain itu, amalan good housekeeping boleh membantu mencegah berlakunya kebakaran, mencegah berlakunya kemalangan, dan secara tidak langsung menjaga kebersihan persekitaran. Perkara ini merupakan perkara yang selalu dipandang enteng oleh orang awam kerana mereka tidak mengetahui akan bahaya yang menimpa jika memandang ringan masalah ini. Pihak bomba melalui peluang sebegini sedaya upaya menyalurkan maklumat penting ini kepada para peserta agar peserta tahu akan tanggungjawab yang dipikul sebagai masyarakat awam yang prihatin terhadap keselamatan.
Antara isi lain yang disampaikan oleh penceramah ialah mengenai bagaimana mengelakkan kebakaran daripada berlaku. Pokok utama yang harus dilakukan ialah mengasingkan benda bahaya seperti bahan pepejal, cecair, gas, logam, elektronik, percikan  kilat dan beberapa bahan lain lagi yang boleh mendatangkan bahaya. Sesi ini diteruskan lagi dengan isu-isu penting yang dibincangkan berkaitan masalah kebakaran seperti perkongsian pengalaman oleh pihak bomba, gambar-gambar kebakaran yang berlaku dan lain-lain lagi. Beberapa faktor keselamatan yang mesti diambil berat oleh orang awam ialah yang pertama amalan keselamatan dalam premis yang perlu ditekankan dengan teliti. Sebagai contoh, susunan dalaman premis yang tidak sesak dan menghalang laluan agar jika berlaku sebarang kecemasan, peluang untuk bertindak dan menyelamatkan diri adalah lebih baik. Selain itu, pemeriksaan ataupun ujian secara regular terhadap peralatan dan perkakas elektrik, pengasingan lain-lain punca nyalaan seperti menyediakan bekas habuk rokok, dan tidak dibenarkan merokok setengah jam sebelum tamat waktu bekerja. Perkara keempat ialah pengstoran iaitu penyimpanan cecair yang mudah terbakar di dalam bekas yang sesuai dan juga barang-barang yang telah siap diasingkan daripada pengeluar.
Banyak lagi faktor keselamatan yang diberikan penekanan serius oleh penceramah, Encik Peter, antaranya lagi ialah pengasingan ataupun pembuangan sisa bahan kimia, pembersihan kawasan yang mudah terbakar, latihan kakitangan iaitu latihan kebakaran yang perlu dijalani oleh setiap kakitangan yang bekerja, dan persekitaran keselamatan seperti penyediaan panduan keselamatan dan merangkumi juga peralatan melawan kebakaran seperti alat memadam api, loceng kecemasan, hose bomba dan pili bomba.
Sesi yang penuh dengan informasi yang sangat bermanfaat ini mengambil masa selama satu jam setengah dan sesi bersoal jawab juga dijalankan sebaik penceramah selesai menyampaikan isi cermaah beliau. Beberapa persoalan ynag dikemukakan oleh para peserta kepada penceramah telah diberikan penjelasan oleh pihak penceramah sendiri dan mereka juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sepanjang berkhidmat dengan jabatan bomba. Sesi ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan kerjasama yang terjalin antara pihak Institut dan Jabatan bomba secara amnya.
Sesi lawatan diteruskan dengan ujian amali dan praktikal yang telah diadakan pada pukul 2.00 petang. Sebelum memulakan ujian amali tersebut, Encik Peter Ak Jinang, salah seorang pegawai bomba di Pejabat Balai Bomba Sibu telah memberi sedikit taklimat menerangkan tentang cara-cara untuk memadamkan api. Selain itu, beliau turut memperkenalkan jenis-jenis api dan bagaimana untuk memadam api minyak. 
Para peserta melihat peralatan dan kenderaan yang digunakan untuk menyelamat dan memadam api.

Pegawai bomba menyediakan alatan-alatan menyelamat untuk diperkenalkan kepada para peserta.

Para peserta dinilai tentang cara-cara penggunaan pemadam api.

Para peserta yang mencuba memadam api yang dinyalakan menggunakan teknik yang diajar.

Antara gelagat peserta semasa memadam api.

Cubaan berani salah seorang peserta, Muhammad Akmal mendekati api dengan pemadam api yang tersedia di tangan.

Cubaan memadam oleh Nur Amalina Omar.

Encik Basri tidak melepaskan peluang untuk mencuba.



Pegawai bomba memperkenalkan alatan yang digunakan semasa kebakaran dan juga aktiviti menyelamat.



Pemandu bas, Encik Basri yang bersama-sama peserta juga turut mencuba dan mengenali peralatan yang diperkenalkan.


Para guru pelatih mencuba pili yang digunakan untuk memadam api.

Pegawai bomba sentiasa mengawasi aktiviti para peserta.





Semasa taklimat berlangsung, beliau turut memperkenalkan komponen-komponen alat pemadam api jenis ABC. Beliau juga menjelaskan satu per satu cara-cara penggunaan alat pemadam api tersebut termasuklah cara-cara membuka pin dan cara-cara menghalakan pincu ke arah api. Pergerakan arah angin perlu di ambil kira semasa memadam api. Hal ini kerana, api akan menghala ke arah badan semasa memadamkan api sekiranya bertentangan dengan arah angin. Perkara tersebut boleh membahayakan diri. Kedudukan jarak yang selamat untuk memadam api adalah 2 hingga 3 meter daripada api kebakaran. Perkara ini telah diuar-uarkan oleh Encik Peter Ak Jinang dalam taklimat beliau.
Pada jam 2.30 petang, ujian amali dimulakan. Kami telah diuji untuk menamakan setiap komponen alat pemadam api jenis ABC dan dikehendaki memadam api minyak yang telah disediakan. Kebanyakan daripada kami berjaya memadam api dengan baik semasa ujian tersebut. Secara tidak langsung, hal ini memberi pendedahan yang baru kepada kami cara-cara untuk memadamkan api. Ilmu ini amat berguna kepada kami sekiranya berlaku kebakaran pada masa akan datang. Selepas itu, pada jam 3.00 petang kami diperkenalkan dengan jentera atau kenderaan bomba. Jentera yang dinamakan FRT- Fire Rescue Tender merupakan jentera yang amat penting yang digunakan semasa proses menyelamat. Jentera ini dilengkapi dengan pelbagai alatan menyelamat termasuklah hos, cutter, tangga, dan lain-lain. Pegawai bomba yang bertugas telah menunjukkan setiap alatan yang terdapat dalam jentera FRT tersebut.
Kami juga dibawa menaiki jentera FRT. Hal ini memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada kami kerana dapat merasa pengalaman bagaimana perasaan pegawai bomba semasa bergegas ke tempat kejadian. Pegawai yang bertugas juga telah menunjukkan cara memotong besi dengan menggunakan ‘hydrollic besi’. Mengikut sesi soal-jawab kami dengan pegawai bomba, alat ini digunakan ketika ingin menyelamatkan mangsa tersepit di dalam kereta semasa kemalangan jalanraya. Alat ini sememangnya amat kuat dan mampu  memotong logam atau besi yang teguh.
Suasana bertambah menarik apabila kami diberi peluang untuk mencuba memegang hos air untuk memadam api. Kami ditunjukkan cara-cara memegang hos dengan betul. Melalui sesi temubual, pegawai bomba menyatakan bahawa air ini mampu disembur sehingga ke tingkat lima bangunan.
Pada jam 4.00 petang, kami telah diperkenalkan dengan jentera TTL-Turn Table Ladder. Jentera ini berfungsi untuk mengambil mangsa yang terperangkap diatas bangunan yang tinggi semasa kebakaran. Kami juga telah diberi peluang untuk menaiki jentera TTL ini.
Sesi amali dan praktikal tamat pada jam 4.30 petang. Melalui sesi praktikal ini, kami memperolehi pengalaman bagaimana cara-cara pegawai bomba melakukan tugas-tugas menyelamat dan input yang amat berguna tentang aspek-aspek keselamatan yang telah ditunjukkan.
Majlis penutupan.

Ucapan daripada Pengerusi Lawatan, Saudara Leo Chuo.

Penyelaras Lawatan, Pn. Florina diiringi oleh pensyarah pengiring, En. Ismail menyampaikan cenderamata kepada Ketua Jabatan Bomba Bahagian Sungai Merah, En. Morshidi bin Taha.

Antara ahli bomba yang terlibat dalam amali.

Sesi bergambar sebelum bersurai.

Lawatan berakhir dengan minum petang bersama anggota bomba sebelum peserta lawatan bera



KURSUS KEJURULATIHAN PING PONG (TAHAP SATU) ANJURAN PERSATUAN PING PONG MALAYSIA DAN MAJLIS SUKAN NEGARA TAHUN 2012
Tarikh : 14 Mac – 17 Mac 2012
Tempat : Dewan Sri Rajang, Institusi Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor Sarawak

1.         Pengenalan
            1.1 Kursus Kejurulatihan Ping Pong Tahap Satu Anjarun Persatuan Ping Pong Malaysia dan Majlis Sukan Negara Tahun 2012 telah dilaksanakan pada 14 Mac hingga 17 Mac 2012.
2.         Objektif
             2.1  Untuk melahirkan guru pelatih yang berkemampuan untuk menjadi jurulatih atau pegawai yang bertauliah dan berkaliber.
             2.2  Melahirkan guru pelatih yang berkemampuan luas mengenai peraturan   dan undang-undang Ping Pong.
             2.3   Meningkatkan kemahiran guru pelatih yang lebih mendalam dalam           permainan Ping Pong serta mengetahui perkembangan sukan yang terkini.
             2.4  Memberikan pengetahuan dan pendedahan guru pelatih untuk mengelola                      dan mengendalikan sesuatu program kejurulatihan.
             2.5    Memperolehi teknik melatih, taktik dan strategi yang terkini dalam   permainan Ping Pong.
3.         Logistik
            3.1       Tarikh Kursus : 14 Mac hingga 17 Mac 2012
                        Semua peserta kursus mendaftarkan diri pada 14 Mac 2012, pada pukul   8.00 pagi. Majlis pengenalan ahli jawatankuasa pengelola kursus ini telah     diperkenalkan oleh Encik Ling Chung Yeo, Penyelaras bagi Kursus Kejurulatihan   Ping Pong Tahap Satu.
            3.2       Tempat
                        3.2.1   Kuliah dijalankan di Dewan Kenanga manakala praktikal dijalnkan                                    di Dewan Sri Rajang.
                        3.2.2   Bilik kuliah telah dilengkapi dengan skrin serta LCD untuk model                           teori.
                                  

                
                       3.2.3   Praktikal dan demonstrasi kumpulan diadakan dalam dewan yang                                     dilengkapi oleh enam buah meja ping pong bagi kegunaan semua sesi latihan.











4.         Peserta Kursus
            4.1       Seramai 45 orang peserta dari Institusi Pendidikan Guru Kampus Rajang             serta daripada kawasan ataupun daerah negeri Sarawak telah menghadiri kursus ini dengan dibekalkan buku-buku manual kejurulatihan TTAM-MSN dan nota. Semua peserta telah mengambil peperiksaan teori dan juga praktikal pada17 Mac 2012. Peserta kursus dari Institusi Pendidikan Guru Kampus Rajang menginap di asrama kampus, manakala peserta daripada luar mencari  penginapan sendiri. Makanan pulak telah disediakan oleh pihak penganjur.
                          


5.         Instruktor Kursus
            5.1       Encik Lee Chan Meng
                        Bekas ketua jurulatih kebangsaan.










5.2       Cik Phua Bee Sim
                        Bekas juara perseorangan wanita kebangsaan, kini belia ialah jurulatih di            MSN Pulau Pinang membantu dalam sesi latihan dan demonstrasi dalam kemahiran praktikal kursus ini.


6.         Kedatangan/Kehadiran
            6.1       Kehadiran setiap sesi adalah baik
                        Peratusan kehadiran ialah 100%.
7.         Penginapan dan Makanan
            7.1       Penginapan bagi pelajar Kampus Rajang yang menjadi peserta kursus     menginap di asrama masing-masing manakala peserta dari luar mencari tempat             penginapan sendiri di sekitar Sarikei.
8.         Peperiksaan
            8.1       Seramai 43 orang yang telah menduduki peperiksaan teori dan praktikal   seperti yang telah dijadualkan.
            8.2       Keputusan adalah seperti berikut.
Lulus
28
Gagal
14
Tidak Hadir
3

9.        Kelulusan Laporan Jurulatih Sebagai Pengiktirafan Jurulatih TTAM Tahap 1
            Para peserta yang telah lulus dalam kursus ini perlu menghantar satu laporan bertulis dalam 6 bulan yang bertujuan untuk mereka diiktiraf sebagai Jurulatih Ping Pong Kebangsaan Tahap 1 yang bertauliah.
            Peserta-peserta yang lulus mesti giat aktif menceburkan diri untuk melatih           berterusan. Rancangan, latihan dan kemajuan pemain-pemain sepanjang masa itu perlu dilaporkan secara bertulis. Akhirnya, laporan bertulis tersebut perlu hantar kepada Coaching Development Chairman TTAM untuk diluluskan.


10.       Kesimpulan
            Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada   Persatuan Ping Pong Malaysia memberi peluang dan perlantikan sebagai Instruktor atau jurulatih di kursus ini. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi   penghargaan kepada Persatuan Ping Pong di Institusi Pendidikan Guru Kampus Rajang. Akhirnya, ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pengelola dan peserta kursus serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan kursus ini.

Sukaneka 2012


   Pengenalan

Sukaneka ini merupakan salah satu program permainan kanak-kanak yang dianjurkan oleh guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Melayu (BM) semester 5 ambilan Januari 2010. Kerja projek ini memerlukan pelajar-pelajar PISMP Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Pengajian Sosial untuk merancang dan melaksanakan satu program permainan yang melibatkan pelajar-pelajar PPISMP Bahasa Iban, PPISMP TESL dan PPISMP Sejarah.

Sukaneka ini telah dilaksanakan dalam bentuk stesen. Setiap stesen mempunyai aktiviti-aktiviti tertentu. Di setiap stesen, murid-murid dikehendaki untuk menjalankan setiap aktiviti yang disediakan. Selepas menghabiskan 8 stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dikumpulkan dan pasukan yang mempunyai markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Untuk pembahagian kumpulan pula, sebanyak 8 kumpulan akan dibentuk dan setiap kumpulan  mempunyai ahli seramai 9 hingga 10 orang.

Sukaneka ini bertujuan untuk membina disiplin murid-murid dengan peraturan permainan yang perlu dipatuhi, mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid serta murid dan murid, mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru pelatih, dan menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Laporan Pelaksanaan

            Pada 26 April 2012 yang lalu, satu acara sukaneka telah diadakan bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2011. Program ini telah dianjurkan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu (PISMP BM) semester 5 Ambilan Januari 2010 dengan kerja sama PISMP Pengajian Sosial dan PISMP Bahasa Cina Ambilan Januari 2010. Program ini telah dijalankan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGM KR) yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.
           
            Terdapat beberapa permainan yang berbentuk sukaneka yang telah dijalankan. Setiap permainan telah diaturkan mengikut stesen. Terdapat 8 permainan yang dirancang untuk membentuk 8 stesen. Di setiap stesen, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan permainan yang disediakan dan juga terdapat stesen yang perlu dinilai melalui masa. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu bersaing dalam permainan tersebut untuk memperolehi juga jumlah masa yang terpantas.

            Selain itu, terdapat juga stesen yang mengkehendaki murid untuk mengumpul mata. Di stesen ini, murid perlu mendapatkan seberapa banyak mata untuk membantu pasukan mereka memperoleh mata terkumpul yang banyak. Selepas menghabiskan 8 stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dijumlahkan dan pasukan yang mendapat markah paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

            Antara permainan yang terdapat di stesen- stesen tersebut ialah:
                          i.        Stesen 1 ( Belon Air )
                        ii.        Stesen 2 ( Mr. Bean )
                       iii.        Stesen 3 ( Rubber Trafic )
                       iv.        Stesen 4 ( Harta Karun )
                        v.        Stesen 5 ( Bata Berjalan )
                       vi.        Stesen 6 ( Kereta Api )
                      vii.        Stesen 7 ( Sudu dan Bola )
                    viii.        Stesen 8 ( Tibai Lalat )

            Acara sukaneka ini telah bermula pada jam 2.00 petang yang memerlukan pelajar-pelajar mendaftar nama dan diberi sedikit taklimat mengenai program yang akan dijalankan. Selepas itu pada jam 2.15 petang, acara perasmian pertandingan sukaneka telah dilangsungkan dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diiringi oleh pensyarah pembimbing setiap kelas. Acara sukaneka ini bermula kira-kira jam 2.30 petang.
           
            Setiap pelajar yang menyertai acara ini bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan tersebut. Semangat kesukanan dan kerjasama yang erat di antara peserta amat jelas semasa permaian sukaneka ini berlangsung. Di samping itu juga, arahan peraturan dan bimbingan yang diberikan oleh pihak penganjur amat jelas dan boleh memberi pemahaman kepada setiap peserta. Selain itu, pemantauan yang dilakukan oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa pertandingan juga telah melicinkan lagi perjalanan aktiviti permaianan tersebut berlangsung.

            Permainan ini telah ditamatkan pada jam 3.30 petang dan kesemua kumpulan peserta telah berjaya menyelesaikan permainan di setiap stesen. Di samping itu, pengurusan masa setiap stesen juga teratur dan menepati jangkaan waktu perlaksaan seperti yang dirancangkan dalam kertas kerja. Setelah aktiviti permainan tamat peserta-peserta diberikan masa rehat sambil dihidangi dengan makanan dan minuman ringan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Sejurus selepas itu, peserta dan ahli jawatankuasa penganjur dikehendaki berkumpul di hadapan astaka untuk menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan 8.

Padang Bola Sepak IPG Kampus Rajang
Pendaftaran peserta 


Kedatangan pensyarah dari jabatan PJK

Barisan pensyarah PJK yang hadir
\
Juruacara bagi aktiviti sukaneka iaitu saudara Afiq serta saudari Noor Shafinah
Ucapan perasmian dari Encik Chula
Peserta mendengar penerangan ringkas dari ketua stesen



Permainan Kereta Api




Permainan Rubber Traffic

Permainan Belon Air 

Permainan Suda dan Bola

Permainan Harta Karun

Permainan Mr. Bean

Permainan Tibai Lalat

Permainan Bata Berjalan