Welcome

Isnin, 25 Jun 2012

AKTIVITI UKUR DAN CAT PADANG BOLA SEPAK

Sebelum pertandingan bola sepak yang telah dijalankan pada bulan Februari yang lepas, PISMP PJ Ambilan Jan 2011 telah berusaha untuk memperbaharui padang bola sepak. Gambar-gambar di bawah menunjukkan kumpulan PISMP PJ Ambilan Jan 2011 sedang berusaha untuk memperbaharui padang bola sepak yang telah menggunakan masa selama seminggu. Aktiviti memperbaharui padang hanya akan dijalankan semasa kami mempunyai masa lapang.
Kerja membaiki pulih padang sedang dilakukan walaupun keadaan cuaca yang tidak baik

Perbincangan dilakukan untuk pengagihan tugas bagi setiap orang


Kedua-dua gambar di atas menunjukkan pelajar sedang melakukan pengukuran di atas padang


Dr.Ong Kong Swee yang juga merupakan pensyarah PJ sentiasa bersama kami semasa melakukan baiki pulih terhadap padang

Gambar di atas menunjukkan para pelajar sedang membersihkan Tiang Gol

Para pelajar berehat sebentar sebelum meneruskan kerja masing-masing

Para Pelajar sedang mengecat garisan padang bola sepak




kedua-dua gambar di atas menunjukkan para pelajar sedang melakukan mengecat garisan padang bola sepak menggunakan alat yang telah disediakan


kerja-kerja mengecat diteruskan

kerja-kerja mengecat terus dilakukan

Setiap pelajar mengambil giliran untuk mengecat padang bola sepak

Para pelajar sedang menggunakan tinner untuk menghilangkan kesan cat

Pelajar sempat juga untuk mengecat dan membuat garisan baru untuk Gelanggang Sepak Takraw

kerja-kerja mengecat sedang diteruskan

kerja-kerja mengecut sedang diteruskan

Para Pelajar sedang mendapatkan pasir untuk menutupi lubang yang terdapat pada padang

Salah seorang pelajar yang sedang menggunakan kereta sorong untuk mengambil pasir 

Rabu, 20 Jun 2012

KURSUS ASAS SENAMROBIK 2012 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

       Pada 27 dan 28 April 2012, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Rajang telah menganjurkan satu Kursus Asas Senamrobik. Kursus ini telah disertai oleh guru pelatih DPLI Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kursus ini dikendalikan oleh instruktor jemputan iaitu Encik Busman Noor.
Langkah permulaan yang dipelajari oleh para peserta.

Para peserta membuat perbincangan dalam kumpulan masing-masing tentang langkah-langkah yang bakal dilakukan.

Antara persembahan peserta mengikut kumpulan.

Gelagat para peserta yang menonton persembahan kumpulan lain.

Antara kumpulan yang membuat persembahan.

Persembahan yang ditunjukkan juga mempengaruhi separuh daripada peserta lain untuk mengikutinya.

Wajah ceria para peserta yang membuat persembahan.

Persembahan para peserta diperhatikan oleh instruktor jemputan iaitu Encik Busman.

Peserta menggabungkan setiap langkah-langkah yang diajar oleh instruktor dalam persembahan.

Pelbagai aksi yang digabungkan dalam persembahan menunjukkan kreativiti para peserta dalam kursus ini.

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Chula, Penyelaras Kursus, Pn. Florina ak Sigay bersama-sama instruktor jemputan, Encik Busman menonton persembahan senamrobik para peserta.

Ucapan Pengerusi, Saudara Sidi semasa majlis penutupan.

Ketua Jabatan PJK menyampaikan hadiah kepada pemenang persembahan terbaik senamrobik.

Penyampaian saguhati daripada pihak Jabatan PJK IPG Kampus Rajang kepada instruktor jemputan, Encik Busman dan rakan beliau.

 
Sesi bergambar pada akhir majlis penutupan sebelum bersurai.

Pihak Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kursus Asas Senamrobik 2012.