Welcome

Khamis, 25 April 2013

Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPSI Pengajian Di Sibu Intake Untuk Bulan Julai 2013

Memandangkan ramai guru pendalaman telah menghubungi saya tentang program di atas. Maka saya telah diminta oleh UPSI Holding Sdn. Bhd. untuk mengiklankan PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) berpusat di SIBU bagi bulan JULAI 2013 (Peringatan bilangan melebehi 30 adalah syarat untuk adakan program ini )

Oleh itu saya menjemput semua guru yang berminat Program Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPSI untuk menghantar borang yang lengkap dengan dokumen-dokumen dan sijil-sijil sokongan kepada Dr. Ong Kong Swee di alamat seperti berikut: No.17A, Lorong Tebu 3, Jalan Teku . 96000 Sibu. Sarawak. (Sebelum 31 Mei 2013). Borang tersebut perlu dilampirkan dengan Yuran proses sebanyak RM 50 (wang pos dituju kepada UPSI Holding Sdn. Bhd.). Hubungi Dr. Ong sebelum hantar untuk memastikan tempat sebab bilangan penyertaan terhad. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut (0168626509). Tempat untuk program di Methodist Pilley, Sibu. Jangan tunggu lama sila hantar borang secepat mungkin.

Saya akan adakan ROAD SHOW untuk program ini tidak lama lagi. Tarikh ROAD SHOW akan diberitahu dalam Surat Khabar dan blog ini. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua yang berminat secepat mungkin.  

Borang untuk program ini atau program lain boleh didapati dibawah.


borang eksekutif master upsi


Isnin, 22 April 2013

SURAT TAWARAN UNTUK MASTER PENDIDIKAN SAINS SUKAN (UPSI) YANG BERPUSAT DI SIBU

Semua peserta yang telah memohon Master Pendidikan Sains Sukan yang akan diadakan di Sibu bersabar. Surat anda dalam proses dan ia akan dilaksanakan pada tarikh yang sama dengan Master Pengurusan Pendidikan iaitu pada Bulan JULAI 2013. Peserta yang telah mendapat maklumat dari saya melalui SMS perlu menyiapkan dokumen-dokumen tertentu untuk mendapat surat tawaran. Kepada yang saya tidak hubungi sila bersabar sebab terlalu ramai yang memohon dan ia memerlukan masa untuk menapiskan peserta yang layak untuk menghadiri program tersebut. Saya sentiasa menghubungi UPSI Holding Berhad untuk peserta yang berpusat di SIBU. Tolong bersabar surat tawaran akan dihantar kepada anda tidak lama lagi. Jika surat tersebut saya terima saya akan tayangkan di blog ini.

Khamis, 11 April 2013

KEPUTUSAN TAWARAN UNTUK MASTER PENGURUSAN PENDIDIKAN DI SIBU

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UPSI holding telah memberi saya keputusan pemohonan untuk master pengurusan pendidikan di Sibu untuk sesi Bulan Julai 2013 seperti ditaklimat kepada saya baru ini. Kepada peserta yang tidak diperakukan (Kurang dari 2.75 CGPA) sila hantar maklumat (dokumen sokongan) yang diperlukan kepada UPSI Holding secepat mungkin sebab perluang untuk mendapat surat tawaran masih ada. Hanya membuktikan perkhidmatan anda dan surat atau dokumen yang menyokong pengalaman anda berkhidmat dan mengajar subjek tersebut.  Dibawah adalah keputusan tawaran master untuk Pengurusan Pendidikan. Sila hubungi saya jika tidak tersenarai dibawah.






atau download di sini DOWNLOAD KEPUTUSAN

 Kepada pemohonan Master Sains Sukan di Sibu, bersabar sebab pemohonan anda masih dalam proses tidak lama keputusan akan di siarkan kepada semua.