Welcome

Rabu, 4 Mei 2011

Lawatan Ilmiah ke MSN & ISN Sarawak 2011

Laporan Lawatan Ilmiah ke

Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara Cawangan Sarawak

6-8 Mac 2011 di Dewan Suarah Kuching



Pengenalan

Pada 6 hingga 8 Mac 2011 yang lepas, rombongan pelajar seramai 38 orang yakni kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 yang mengambil kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani diiringi oleh tiga orang Pensyarah Pengiring yakni Encik Ismail Dikoh selaku ketua rombongan, Encik Chula ak Bina dan Puan Florina telah mengikuti satu siri lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Suarah Kuching.



1.0 Tempat Tinggal

            Rombongan seramai 41 orang ini menetap di Hotel Kuching selama tiga hari dua malam yakni bermula pada 6 Mac 2011 sehingga 8 Mac 2011.


2.0 Peruntukan Kewangan

Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak IPG Kampus Rajang.





3.0 Kekuatan

3.1       Mengetahui selok-belok berkaitan pengurusan dan pentadbiran

                 sukan

Menerusi lawatan ilmiah ke MSN dan ISN ini pelajar berpeluang untuk mengetahui selok belok pengurusan dan pentadbiran sukan khususnya di negeri Sarawak dan Malaysia amnya. Malahan maklumat-maklumat yang disampaikan berguna dalam memastikan kelicinan dan pengalaman di masa hadapan apabila terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sukan.



3.2       Mengetahui progam-program pembangunan sukan

Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan program-program pembangunan sukan yang dilaksanan oleh ISN dan MSN serta dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Sarawak. Ini amat berguna khususnya buat para pelajar dalam masa hadapan apabila berada di lapangan sebagai guru pembimbing di sekolah kelak.



3.3       Mengetahui program-program dan kursus untuk guru-guru

      Pendidikan Jasmani di sekolah

Pelajar juga didedahkan dengan program-program dan kursus-kursus yang ditawarkan dan dilaksanakan oleh MSN dan ISN dalam menyediakan jurulatih-jurulatih sukan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Prosedur kelayakan, syarat permohonan dan info am tentang kursus dan bengkel-bengkel kejurulatihan ini juga dimaklumkan sebagai persediaan awal pelajar untuk terlibat sama dalam program menjadi jurulatih sukan ini.



3.4       Memahami akan peranan dan tanggungjawab Institut Sukan     

      Negara dan Majlis Sukan Negara

Kini pastinya lebih jelas kepada pelajar akan peranan dan tanggungjawab sebenar Insitut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara dalam meningkatkan mutu sukan di negara kita dan di Sarawak khasnya. Peluang serta kemudahan yang disediakan oleh MSN dan ISN pastinya akan dapat dinikmati dan disebarluaskan kepada semua selepas ini setelah memahami akan peranan sebenar ISN dan MSN kepada masyarakat bukan sahaja kepada atlet sukan.



3.5      Mengaplikasikan teori yang dipelajari secara amali

Inilah ruang terbaik yang disediakan dalam kursus ini di mana lawatan ilmiah ini memberi satu ruang terbaik untuk pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan melihat keperluan serta rasionalnya di lapangan sebenar sukan negara.





4      Lawatan ke MSN dan ISN:



Aktiviti:

a.    Taklimat pengenalan MSN & ISN oleh Pengarah MSN & ISN Cawangan Sarawak

b.    Taklimat mengenai peranan dan fungsi MSN & ISN
c.    Lawatan ke Gym MSN & ISN
d.    Bilik pameran MSN dan ISN
e.    Penerangan tentang alat pemulihan


f.     Tayangan Planetarium


  

5       Bertolak kembali ke Kampus:



Bertolak         : 09:00 am

Tiba                : 04:00 pm


  

6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, lawatan  ilmiah ini membawa implikasi yang positif terhadap aplikasi teori dalam pengurusan dan pentadbiran sukan bagi pelajar yang mengambil kursus Pengurusan dan Pentadbiran Sukan dalam Pendidikan Jasmani. Malahan lawatan ini banyak mendedahkan tentang program pembangunan sukan dan peranan yang dimainkan oleh agensi sukan seperti MSN dan ISN dalam meningkatkan mutu sukan negara serta kerjasama agensi sukan dengan guru serta sekolah dalam melahirkan dan memperkembangkan potensi pelajar menjadi atlet yang berjaya di peringkat negeri dan negara.


Klik untuk perbesarkan imej.

Klik untuk perbesarkan imej.

Klik untuk perbesarkan imej.