Welcome

Ahad, 26 Februari 2012

Kursus Sains Sukan Tahap 1 Pengumuman

Sila pastikan peserta yang berminat hantar pendafaran secepat mungkin kerana tarikh tutup adalah pada 2 March 2012. Untuk perhatian kepada peserta yang sudah daftar. Sila lihat kepada jadual kursus yang di lampirkan dan juga nota-nota kursus tahap 1 yang disediakan untuk peserta baca dan mengulangkaji. Peperiksaan Sains Sukan Tahap 1 akan dilaksanakan pada penghujung kursus oleh itu nota-nota yang di lampirkan membantu peserta untuk kursus tersebut. Tugasan peserta akan saya lampirkan sejurus saya menerima kertas tugasan tersebut dari pihak Majils Sukan Negara. Untuk perhatian peserta pakain sepanjang kursus tersebut adalah pakaian Sukan atau PJ.



Jadual kursus adalah seperti yang nyatakan di atas sila ambil perhatian.

Nota kursus boleh diperolehi dari tanda NOTA.Double klik dan dapatkan nota anda.

Isnin, 13 Februari 2012

KEMBARA SOSIAL PJ KE ALIT KABONG.. (08 APRIL 2011 & 09 APRIL 2011)

Ini adalah pengalaman pertama kami melakukan kerja amal di luar kawasan kampus. Aktiviti ini berlangsung satu hari dan satu malam. Selain melakukan aktiviti gotong-royong, kami juga beriadah bersama pensyarah dan barbeku pada malam sebelum aktiviti tersebut dilaksanakan.
Aktivit pertama bersama pensyarah sebelum waktu malam.


Riadah pelajar bersama pensyarah.



Aktiviti ini melibatkan semua pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan KEsihatan IPG Kampus Rajang termasuk Ketua Jabatan Dr. Ong Kong Swee. Aktiviti ini sedikit sebanyak mengeratkan hubungan kami dengan para pensyarah.
Selepas selesai aktiviti riadah bersama para pensyarah.


Aktiviti pada waktu malam..bBQ bersama para pensyarah...
Encik Ismail dan Encik McNair duduk menunggu dan membantu pelajar menyalakan api untuk aktiviti memanggang.

Api untuk memanggang berjaya dinyalakan..

Aktiviti memanggang ayam oleh pelajar. Sikap kerjasama yang sentiasa wujud dalam kalangan pelajar.



.....
Kita bergerak kepada aktiviti utama kembara kami ke Alit..
Gotong-royong...
Taklimat diberikan kepada pelajar sebelum majlis perasmian.

Barisan pensyarah Jabatan PJK dan wakil SK Alit bersama Ketua Unit Pengurusan, Encik MOhd Ariffin yang akan merasmikan aktivit gotong-royong.

Ucapan daripada Ketua Jabatan PJK, Dr. Ong Kong Swee.

Encik Fariq Arrifin merasmikan aktiviti gotong-royong.

Antara aktiviti membersih saluaran air hujan yang tersumbat oeh daun-daun yang gugur dari pokok yang berhampiran.


Abbie, Zamir dan Desmond bertugas membersihkan longkang yang tersumbat akibat pasit dan rumput yang tumbuh meliar di tepi bangunan.


Kaum Hawa PJ pula sibuk menyediakan makan untuk jamuan selepas selesai gotong-royong.

Antara gelagat pelajar semasa melakukan pembersihan dalam bangunan.

Kesibukan menyediakan makanan untuk jamuan tengah hari..

Para pelajar dan pensyarah sama-sama melakukan pembersihan.


Pembersihan parit yang terbiar dan tertutup akibat semak samun.


Para pelajar dan pensyarah menanti makanan tengah hari disiapkan..


Inilah ragam kami budak PJ..


Sesi menjamu selera setelah penat melakukan kerja amal...


Makan...makan..


P.J. FUYOHHH!


Jumaat, 10 Februari 2012





Pelajar PISMP PJ AMBILAN JAN 2011 melakukan aktiviti senamrobik semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu DPLI-JQAF



                                                         
                                                      Pelajar-Pelajar Baharu DPLI-JAQF

Selasa, 7 Februari 2012

PENGISIAN JABATAN PJK PERHIMPUNAN MINGGUAN

Pada 17 Januari 2012, Jabatan Pendidikan Jasmani telah mengendalikan satu sesi pengisian dengan semua guru pelatih IPG Kampus Rajang.
Para pelajar sedang mendengar ucapan dan penerangan daripada Dr. Ong.

Pengisian ini dilakukan sempena perhimpunan mingguan dan Jabatan PJK merupakan jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan perhimpunan pada minggu tersebut.
Dr. Ong sedang memberikan penerangan tentang kursus-kursus yang bakal dijalankan sepanjang semester.

Pengisian pada ketika itu adalah taklimat penting yang akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan PJK sepanjang semester satu tahun 2012. Ketua Jabatan telah menegaskan berkenaan pakaian PJ yang lengkap dan sesuai bagi lelaki dan perempuan. Dr. Ong juga telah memberitahu berkenaan dengan kursus-kursus kejurulatihan dan kepegawaian yang akan dikendalikan dan dilaksanakan oleh  Jabatan PJK seperti Kursus Kepegawaian Futsal Fam (02-03 March 2012), Kursus Sains Sukan Tahap 1 (9-13 March 2012) dan Kursus Kejurulatihan Ping Pong Tahap 1 (14-17 March 2012) yang akan berjalan di IPG Kampus Rajang.
Senaman menyejukkan badan di akhir slot pengisian.

Slot perhimpunan ini diadakan di Dewan Sri Rajang dan semua pelajar terlibat dengan sepenuhnya dalam aktiviti tersebut. Setiap pelajar melaksanakan senaman aerobik dengan aktif dan cergas dengan menggunakan pakaian sukan dan PJ. Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh pelajar PISMP PJ ambilan Jan 2011 menjadi pembuka dan penutup bagi slot perhimpunan ini.
Kerjasama yang baik daripada semua pelajar sehingga ke akhir slot.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang hadir serta para pelajar yang memberikan kerjasama sepenuhnya semasa aktiviti tersebut.

Rabu, 1 Februari 2012

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SPKK) MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak dengan kerjasama Majlis Sukan Negara akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :-
           
Tarikh Kursus                         : 09 – 13 March 2012
            Tempat                                   : IPG Kampus Rajang Bintangor, Sarawak.
            Tarikh/Masa Pendaftaran       : 09 March (0700-0800)
            Tarikh/Masa Penutupan         : 13 March (1700-1800)

Yuran pendaftaran kursus adalah RM 250 untuk pelajar atau RM 300 untuk bukan pelajar. Kursus ini mengandungi kuliah, praktikal, tugasan, tutorial dan peperiksaan. Pelajar, pensyarah, atelit, jurulatih, pegawai sukan dan sesiapa yang berminat sila buat pendaftaran secepat mungkin memandangkan tempat terhad. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee (0168626509) untuk mendapat maklumat terperinci tentang kursus ini. Sila fakkan nama, alamat, no. hubungan(tel), No. Kad Pengenalan dan tandatangan anda ke 084 691913 (untuk perhatian Dr. Ong Kong Swee). Sila nyatakan Kursus Sains Sukan Tahap 1 dalam  fak anda. Pembayaran boleh dibuat ke atas akaun Maybank 161211009952 sila pastikan simpan slip resit pembayaran untuk pengesahan dan fakkan kepada no. di atas. Maklumat yang terkini akan diedarkan dalam blog ini.