Welcome

Khamis, 31 Oktober 2013

Tugasan Pelajar OUM HBPE3103 Tidak Dapat Ikut Ujian Amali

Kepada pelajar saya yang tidak dapat hadir Ujian Amali pada 16 Nov. 2013 di Komplek Sukan Bukit Lima, Sibu.
Sila buat tugasan yang dibawah untuk maklumat dan makluman semua pelajar yang berkenaan.


Tugasan HBPE3103 (Tidak Dapat Hadir Amali):

Menyediakan satu kertas kerja prosedur/protokol perlaksanaan Ujian Amali untuk mengukur dan menilai kemahiran asas sukan atau permainan. Bateri ujian atau instrumen ujian yang disediakan perlu berlainan dari bateri ujian yang terdapat dalam Ujian Amali Permainan (HBPE3103).

Anda perlu pilih dua  sukan atau permainan, satu dari Kumpulan A (Bola sepak atau Bola jaring) dan Kumpulan B (Bola tampar atau Tenis). Sediakan tiga bateri ujian untuk setiap permainan yang dipilih.


Tugasan di atas perlu diserahkan kepada Tutor (Dr. Ong Kong Swee) pada atau sebelum 16 Nov. 2013.


Sabtu, 26 Oktober 2013

Pengumuman & Jadual Ujian Amali OUM HBPE3103

Makluman semua pelajar saya OUM HBPE3103, Ujian Amali akan diadakan pada 16 Nov. 2013 (Jam 8.00 pagi) di Komplek Sukan Bukit Lima, Sibu.

Untuk makluman semua, buat masa kini jadual Ujian Amali adalah seperti ketetapan dibawah.(Sila pasti melawati blog ini setiap masa jika terdapat sebarang perubahan pada masa akan datang).

Jadual Penilaian adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 Nov. 2013

Masa           Tindakan
0730             Semua peserta berada di Komplek Sukan Bukit Lima
                     (Buat memanaskan badan dan percubaan jika perlu sendiri)
0745             Taklimat dan Demostrasi Ujian Amali.
0800             Ujian Amali Bermula (Bola Jaring & Bola Sepak). Ujian akan bermula serentak.
                     Sila rujuk kepada senarai nama yang akan di lampirkan untuk memastikan giliran                                          menjalankan ujian tersebut)
0930             Ujian Amali Bermula (Bola Tampar).
                     Akan disediakan 2 stesen penilaian.
1100             Ujian Amali Tenis.

Senarai nama pelajar untuk ujian amali adalah seperti berikut :Sila download senarai nama di bawah:

Senarai Nama Peserta Amali .

Pastikan peserta amali membuat persediaan sendiri untuk ujian tersebut.

Sabtu, 14 September 2013

Laporan ujian Koordinasi PJM 3115 berkenaan Kecergasan Koordinasi di sekolah Rendah Daerah Sibu, Sarikei dan Maradong 2013

Untuk makluman semua pelajar saya PJM3115 sebahagian alaporan untuk rujukkan dan panduan ada dilampirkan di bawah untuk rujukkan semua. Terima kasih kepada semua pelajar PISMP (PJ) ambilan Jan 2011 atas kerjasama menlaksanakan ujian koordimasi di semua sekolah kebangsaan di kawasan daerah sibu, maradong dan sarikei. Pengumpulan data-data dari sampel pelajar tahun 3 dan 4 adalah 406 pelajar. Saya telah juga menyediakan grade taburan normal dari pengumpulan data tersebut untuk digunakan oleh sesiapa guru Pj yang berminat untuk mengukur tahap koordinasi pelajar. Gred tersebut dapat membantu guru PJ dalam membuat penialaian ujian koordinasi di sekolah dengan menggunakan protokol yang disediakan dalam kertas kerja ini.

Bahan-bahan untuk ujian koordinasi untuk pelajar tahun 3 dan 4. atau sekolah rendah.

Khamis, 22 Ogos 2013

Pengumuman Master Eksekutif Penddidikan Sains Sukan & Pengurusan Pendidikan UPSI Holding 2013 di Sibu

Kepada semua peserta yang telah memohon program di atas di Sibu. Sila ambil perhatian maklumat yang terkini dari pihak UPSI Holding berkenaan program tersebut. Surat tawaran sudah bersedia untuk semua yang telah layak untuk mengikuti program tersebut tetapi tarikh belum dapat ditentukan. Sila bersabar kemungkinan besar program tersebut akan dijalankan pada bulan September (minggu terakhir). Saya akan mengumumkan tarikh yang sebanarnya apabila saya mendapat maklumat dari pihak UPSI. Terima kasih.

Isnin, 15 Julai 2013

Tugasan PJM3115 untuk pelajar PISMP PJ Ambilan Jan 2011

Sila muat turun tugasan anda di bawah untuk tindakan anda semasa praktikum.

Tugasan PJM3115

Untuk peringatan pelajar PISMP PJ Ambilan Jan 2011 sila membantu Jabatan PJK dengan melaksanakan Bateri Ujian "Alternative Hand Wall Toss" untuk semua sekolah. semua data perlu dihantar kepada saya di ongkongswee@gmail.com sebelum hari Jumaat (19 Julai 2013). Data-data tersebut perlu dimasukkan dalam spss dan hantar kepada saya. Kepada kumpulan yang saya telah arahkan untuk menjalankan ujian pilot atau menentukan kebolehpercayaan sila hantar data juga pada saya sebelum 19 Julai 2013. Terima Kasih.

Ahad, 14 Julai 2013

Tugasan PISMP Sejarah Ambilan Jan 2013 PJM3102

Kepada pelajar saya PISMP Sejarah Ambilan Jan 2013 tugasan Pergerakan Asas (PJM3102) adalah seperti yang dilampirkan sila muat turun tugasan anda,
Tugasan 
Untuk menentukan apakah kategori permainan (4 kategori) yang akan dilaksanakan oleh kumpulan saya memohon ketua kumpulan membuat undian untuk menentukan permainan yang akan terlibat oleh kumpulan tersebut.

Tugasan & Bahan Kuliah PPG PJM3106 2013

Kepada pelajar saya PPG (Pra) sila download tugasan anda untuk rujukkan dan tindakan yang berikut. Pastikan anda bawa bersama semasa Amali yang akan datang untuk melaksanakan tugasan anda. Bahan kuliah ada di lampiran bersama blog ini.

Tugasan PPG PJM3106 Dr. Ong Kong Swee

Bahan Kuliah

Jumaat, 24 Mei 2013

Berita Terkini Senarai Nama Peserta Layak Master Sains Sukan & Pengurusan Pendidikan Berpusat SIBU

Dengan sukacitanya saya menerima senarai nama yang layak untuk mengambil program master sains sukan dan pengurusan pensisikan berpusat di Sibu. Sesiapa yang tidak ada dalam senarai sila hubungi UPSI Holding (Mohd hajat 0195137721 (No. hand Phone baru)  sebelum ini tidak digunakan) untuk tindakan lanjutnya untuk melayakkan anda untuk mengikuti program tersebut. Untuk makluman semua peserta yang layak surat tawaran akan dihantar kepada anda dan tarikh untuk mula akan diberitahu dalam surat tersebut. Tahniah kepada berjaya dibawah.

Sila download dari dokomen-dokumen dibawah:

Senarai nama peserta untuk Master Pengurusan Pendidikan UPSI & Master Sains Sukan UPSI berpusat di Sibu 2013.










Ahad, 19 Mei 2013

Phd Pengurusan Pendidikan ( UPSI ) di Sibu. Sarawak

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program Phd dalam Pengurusan Pendidikan sila hubungi saya Dr. Ong Kong Swee (0168626509). Yang berminat boleh mengisikan borang pendaftaran program tersebut dibawah dan hantar ke alamat seperti ketetapan berikut:
17 A, Lorong tebu 3, Jalan Teku, 96000 Sibu. dengan melampirkan bersama dokumen yang diperlukan dan Wang pendaftaran sebanyak RM 50.
Setakat ini ada 5 orang guru dalam proses menghantar borang pendaftaran tersebut.

borang eksekutif Phd upsi




Khamis, 25 April 2013

Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPSI Pengajian Di Sibu Intake Untuk Bulan Julai 2013

Memandangkan ramai guru pendalaman telah menghubungi saya tentang program di atas. Maka saya telah diminta oleh UPSI Holding Sdn. Bhd. untuk mengiklankan PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) berpusat di SIBU bagi bulan JULAI 2013 (Peringatan bilangan melebehi 30 adalah syarat untuk adakan program ini )

Oleh itu saya menjemput semua guru yang berminat Program Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPSI untuk menghantar borang yang lengkap dengan dokumen-dokumen dan sijil-sijil sokongan kepada Dr. Ong Kong Swee di alamat seperti berikut: No.17A, Lorong Tebu 3, Jalan Teku . 96000 Sibu. Sarawak. (Sebelum 31 Mei 2013). Borang tersebut perlu dilampirkan dengan Yuran proses sebanyak RM 50 (wang pos dituju kepada UPSI Holding Sdn. Bhd.). Hubungi Dr. Ong sebelum hantar untuk memastikan tempat sebab bilangan penyertaan terhad. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut (0168626509). Tempat untuk program di Methodist Pilley, Sibu. Jangan tunggu lama sila hantar borang secepat mungkin.

Saya akan adakan ROAD SHOW untuk program ini tidak lama lagi. Tarikh ROAD SHOW akan diberitahu dalam Surat Khabar dan blog ini. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua yang berminat secepat mungkin.  

Borang untuk program ini atau program lain boleh didapati dibawah.


borang eksekutif master upsi


Isnin, 22 April 2013

SURAT TAWARAN UNTUK MASTER PENDIDIKAN SAINS SUKAN (UPSI) YANG BERPUSAT DI SIBU

Semua peserta yang telah memohon Master Pendidikan Sains Sukan yang akan diadakan di Sibu bersabar. Surat anda dalam proses dan ia akan dilaksanakan pada tarikh yang sama dengan Master Pengurusan Pendidikan iaitu pada Bulan JULAI 2013. Peserta yang telah mendapat maklumat dari saya melalui SMS perlu menyiapkan dokumen-dokumen tertentu untuk mendapat surat tawaran. Kepada yang saya tidak hubungi sila bersabar sebab terlalu ramai yang memohon dan ia memerlukan masa untuk menapiskan peserta yang layak untuk menghadiri program tersebut. Saya sentiasa menghubungi UPSI Holding Berhad untuk peserta yang berpusat di SIBU. Tolong bersabar surat tawaran akan dihantar kepada anda tidak lama lagi. Jika surat tersebut saya terima saya akan tayangkan di blog ini.

Khamis, 11 April 2013

KEPUTUSAN TAWARAN UNTUK MASTER PENGURUSAN PENDIDIKAN DI SIBU

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UPSI holding telah memberi saya keputusan pemohonan untuk master pengurusan pendidikan di Sibu untuk sesi Bulan Julai 2013 seperti ditaklimat kepada saya baru ini. Kepada peserta yang tidak diperakukan (Kurang dari 2.75 CGPA) sila hantar maklumat (dokumen sokongan) yang diperlukan kepada UPSI Holding secepat mungkin sebab perluang untuk mendapat surat tawaran masih ada. Hanya membuktikan perkhidmatan anda dan surat atau dokumen yang menyokong pengalaman anda berkhidmat dan mengajar subjek tersebut.  Dibawah adalah keputusan tawaran master untuk Pengurusan Pendidikan. Sila hubungi saya jika tidak tersenarai dibawah.






atau download di sini DOWNLOAD KEPUTUSAN

 Kepada pemohonan Master Sains Sukan di Sibu, bersabar sebab pemohonan anda masih dalam proses tidak lama keputusan akan di siarkan kepada semua.

Ahad, 31 Mac 2013


Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1

 

Kursus Kejurulatihan Kebangsaan Badminton Tahap 1 telah dianjurkan oleh IPGK Rajang melalui Jabatan PJ & PK dan pelajar-pelajar PISMP PJ Semester 5. Kursus ini telah dijalankan pada 27 Mac - 31 Mac 2013. Antara instruktur terlibat ialah En.Muhtasham Kasim (BAM), En.Johnny Ng (Persatuan Badminton Sarawak) dan Dr.Ong Kong Swee (MSN). 


Instruktur yang terlibat dalam kursus kejurulatihan Badminton Tahap 1 iaitu 
En.Johnny Ng dan En.Muhtasham Kasim


Instruktur Dr.Ong Kong Swee sedang memberi ceramah kepada para
peserta tentang Anatomi dan Fisiologi


Dr.Ong Kong Swee memberi ceramah berkaitan tajuk 
yang lain pada sesi petang.


Pra Penilaian dilakukan oleh En.Johnny Ng sebelum sesi
latihan dimulakan.


Para peserta berkumpul di Dewan Masyarakat, Bintangor
sebelum memulakan sesi latihan


Para peserta sedang melakukan aktiviti memanaskan badan
selama 30 minit


Para peserta melakukan aktiviti memanaskan badan di bawah
bimbingan instruktur


Instruktur En.Mustasham Kasim melakukan perlakuan PNF


Para peserta berkumpul di Gimnasium untuk sesi 
pembentangan kecergasan


Instruktur memberi tunjuk ajar kepada para peserta


Instruktur melakukan demonstrasi cara melakukan tekan
tubi dengan betul


Para peserta meneruskan aktiviti amali pada hari seterusnya


Instruktur memberi tunjuk ajar kepada para peserta kursus


Sesi penilaian yang dijalankan pada hari terakhir kursus


Para peserta sedang dinilai kemahiran-kemahiran asas badminton


Sesi soal jawab yang dilakukan oleh ketiga-tiga Instruktur 
selepas sesi penilaian 


Instruktur melakukan demonstrasi cara memukul bulu tangkis 
yang betul


Gambar di atas menunjukkan para peserta yang memberi penumpuan
sepenuhnya semasa sesi amali di Dewan Masyarakat,Bintangor


Cenderamata dibagi oleh Dr.Ong Kong Swee selaku wakil IPG 
kepada Instruktur, En.Johnny Ng


Cenderamata dibagi oleh Dr.Ong Kong Swee selaku wakil IPG 
kepada Instruktur, En.Muhtasham Kasim



Gambar berkumpulan diambil sebelum tamatnya kursus kejurulatihan 
badminton tahap 1 




Ketiga-tiga gambar di atas menunjukkan para peserta 
mengambil gambar bersama instruktur sebagai kenangan

Rabu, 20 Mac 2013

SURAT DARI UPSI HOLDING KPD CALON MASTER SIBU

Dilampirkan dengan blog ini surat yang saya terima dari pihak UPSI holding berkenaan permohonan Master Eksekutif yang akan diadakan di SIBU untuk maklum semua.Lampiran senarai nama akan saya lampirkan apabila saya terima dari UPSI Holding. Harap bersabar dalam proses seperti yang dijelaskan sebelum ini.


Khamis, 31 Januari 2013

Master & Phd UPSI Program Eksekutif di Sibu

Kepada semua yang berminat dan telah menghadiri Taklimat dari UPSI Holding dan Fakulti Sains Sukan UPSI sila hantar borang yang lengkap dengan dokumen-dokumen dan sijil-sijil sokongan kepada Dr. Ong Kong Swee di alamat seperti berikut:  Dr. Ong Kong swee, No. 17A, Lorong tebu 3, Jalan Teku . 96000 Sibu. Sarawak. (Sebelum 1 Mac. 2013). Borang tersebut perlu dilampirkan dengan Yuran proses sebanyak RM 50 (wang pos dituju kepada UPSI Holding). Hubungi Dr. Ong sebelum hantar untuk memastikan tempat sebab bilangan terhad kepada  30 orang peserta. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut (0168626509). Untuk makluman semua yang berminat UPSI Holding akan adakan program tersebut di Sibu jika bilangan mencukupi. Tempat untuk program tersebut kemungkinan akan dijalankan di Methodist Pilley, Sibu.

Borang untuk program ini atau program lain boleh didapati dibawah.


borang eksekutif master upsi

Untuk maklumat terperinci program eksekutif Sarjana Sains Sukan dan program UPSI yang lain sila lihat pamphlet yang berikut untuk rujukkan dibawah. Sila hubungi Dr.Ong Kong Swee untuk maklumat selanjutnya jika  memerlukan program ini dilaksanakan di Sibu.

Program MBA 
Program Sarjana Pendidikan Awal kanak-Kanak
Program Sarjana Pengurusan Pendidikan
Program Sarjana Sains Sukan 


Untuk program kedoktoran dari UPSI sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut melaksanakan program tersebut di SIBU. Maklumat terkini mengenai Phd adalah sekurang-kurangnya LIMA orang yang berminat dalam bidang yang sama diperlukan untuk melaksanakan program ini di SIBU. Contohnya, jika kelima-lima berminat untuk Phd Dalam Psikologi Sukan. Pihak UPSI Holding akan memastikan 2 orang penyelia phd akan menyelia kelima pelajar untuk program tersebut di SIBU. Yuran pengajian akan diberitahu tidak lama lagi.

Khamis, 10 Januari 2013

KERJA KURSUS PJM3106 ANATOMI & FISIOLOGI

Berikut adalah kerja kursus PJm 3106 untuk kursus Anatomi Dan Fisiologi untuk tindakan semua pelajar PISMP PSV Ambilan Jan 2012. Sila cetak dan laksanakan tugasan yang dilampirkan. Bincang dengan saya secepat mungkin.










ISL PJM3106 Kumpulan PISMP-PSV Ambilan Jan 2012

Kepada pelajar Dr. Ong Kong Swee PJM3106 dilampirkan ISL PJM3106 untuk tindakan semua pelajar untuk mengambil dan mencetakkan untuk simpanan sendiri.



PBS3103: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PISMP PSV SEM 3

Kepada pelajar PISMP PSV Ambilan Jan 2012 (Semester 3) yang di bawah kuliah Dr. Ong Kong Swee untuk kursus PJM 3106. Sila rujuk kepada dokumen atau tugasan elektif Pendidikan Jasmani PBS 3103 untuk pelajar semasa praktikum seperti yang di lampirkan di bawah ini.



Sabtu, 5 Januari 2013

ROAD SHOW Master Pendidikan Sains Sukan 2013 Di SIBU

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program tersebut sila dapatkan borang yang dilampirkan. Isikan borang tersebut dan bawah dokumen-dokumen anda semasa ROAD SHOW UPSI  pada 27 Januari 2013 di RH Hotel Jam 10.30 pagi. Taklimat akan dijalankan oleh pihak UPSI Holding. Sila pastikan sesiapa yang berminat menghadiri taklimat tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program master tersebut. Sebarang kemuskilan sila hubungi Dr. Ong Kong Swee melalui blog ini atau No. Handphone 0168626509 atau  email ongkongswee@gmail.com. Terima Kasih. Dilampir bersama di bawah surat dari pihak UPSI Holding yang akan menjalankan taklimat di RH Hotel pada 27 Jan 2013. Jangan tunggu lama sila daftar secepat mungkin.