Welcome

Khamis, 25 April 2013

Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPSI Pengajian Di Sibu Intake Untuk Bulan Julai 2013

Memandangkan ramai guru pendalaman telah menghubungi saya tentang program di atas. Maka saya telah diminta oleh UPSI Holding Sdn. Bhd. untuk mengiklankan PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) berpusat di SIBU bagi bulan JULAI 2013 (Peringatan bilangan melebehi 30 adalah syarat untuk adakan program ini )

Oleh itu saya menjemput semua guru yang berminat Program Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPSI untuk menghantar borang yang lengkap dengan dokumen-dokumen dan sijil-sijil sokongan kepada Dr. Ong Kong Swee di alamat seperti berikut: No.17A, Lorong Tebu 3, Jalan Teku . 96000 Sibu. Sarawak. (Sebelum 31 Mei 2013). Borang tersebut perlu dilampirkan dengan Yuran proses sebanyak RM 50 (wang pos dituju kepada UPSI Holding Sdn. Bhd.). Hubungi Dr. Ong sebelum hantar untuk memastikan tempat sebab bilangan penyertaan terhad. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut (0168626509). Tempat untuk program di Methodist Pilley, Sibu. Jangan tunggu lama sila hantar borang secepat mungkin.

Saya akan adakan ROAD SHOW untuk program ini tidak lama lagi. Tarikh ROAD SHOW akan diberitahu dalam Surat Khabar dan blog ini. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua yang berminat secepat mungkin.  

Borang untuk program ini atau program lain boleh didapati dibawah.


borang eksekutif master upsi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~