Welcome

Rabu, 19 Oktober 2011

Al-Fatihah

Takziah kepada ahli keluarga,

Allahyarham Sidop @ Ahmad B Bidin.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Daripada

Semua warga IPG Kampus Rajang
Semua Pensyarah Jabatan PJK IPG Kampus Rajang
Semua Pelajar PGSR-PJ Ambilan November 2008.

Khamis, 13 Oktober 2011

Laporan Seminar Penyelidikan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan 2011



BINTANGOR, SARAWAK :  Pendedahan berkaitan dengan perkembangan penyelidikan Pendidikan Jasmani (PJ) dan bidang Sains Sukan mampu membantu negara meningkatkan prestasi sukan ke tahap yang lebih membanggakan, demikian menurut Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang, En. Raymond Gai Panting @ Gaie dalam ucapan majlis perasmian penutupan Seminar Penyelidikan PJ & Sains Sukan Sarawak 2011 anjuran Jabatan PJK, IPG Kampus Rajang yang diadakan pada 1-2 Oktober yang lepas. Hadir sama dalam majlis itu termasuklah Ketua Jabatan PJK IPG Kampus Rajang merangkap penyelaras seminar, Dr. Ong Kong Swee serta para pensyarah IPG.
Pendaftaran peserta seminar. 

Taklimat peserta seminar.


Seminar  Penyelidikan ini bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar akademik sukan, saintis sukan, para pendidik bidang PJ, instruktur sukan dan kecergasan serta pihak yang berkaitan dengan bidang PJ, industri sukan dan kesihatan bagi berkongsi idea, kajian serta isu-isu sains sukan terkini sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan semasa yang global. Seminar sepanjang 2 hari telah menghimpunkan ahli-ahli panel yang tidak asing lagi dalam arena sukan tanah air iaitu Prof. Madya Dr. Jabar Hj. Johari (bekas Pengarah Institut Sukan Negara, ISN), Prof. Madya Dr. Wee Eng Hoe (penulis buku sukan), Dr. Balbir Singh Gill (Universiti Malaya), Dr. Chen Chee Keong (USM, Kubang Kerian) serta En. Muhtasham Katan (Panel Pendidikan Kejurulatihan, BAM). Turut menjayakan seminar adalah 16 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) major PJ Semester 8 di mana mereka turut membentangkan hasil kajian mereka. Seminar ini juga telah dihadiri seramai 150 peserta yang terdiri daripada guru-guru PJ serta guru-guru pelatih dari 4 buah IPG Zon Sarawak iaitu IPG Kampus Rajang sendiri, IPG Kampus Sarawak Miri, IPG Kampus Batu Lintang Kuching dan IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
Dr. Balbir Singh. 
Prof. Madya Dr. Wee Eng Hoe.

Dr Chen Chee Keong. 

Prof. Madya Dr. Jabar Johari. 

Encik Muhtasham Katan. 


Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang perkembangan sains sukan terkini kearah pembentukan atlet yang berkualiti. Selain itu, seminar ini juga menjadi platform terbaik bagi para pakar serta penyelidik sains sukan berkongsi pengalaman dan hasil kajian mereka agar dapat diperluaskan demi kebaikan bersama. Seminar yang bertemakan ‘Penyelidikan Berkualiti Menjana Transformasi PJ & Sains Sukan’ adalah bertepatan dengan agenda pendidikan nasional semasa yang menuntut para pendidik serta pengamal sukan dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi, kreatif dan berpengetahuan luas serta mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Perbentangan hasil kajian dari Pelajar Pendidikan Jasmani Amb Jan 2008 IPG Kampus Rajang.

“Harapan saya dengan penganjuran seminar sedemikian, para peserta akan dapat memperoleh sebanyak mungkin input kearah pembentukan dan perkembangan sukan Negara yang berkesan dan impaknya kelak akan membawa kepada peningkatan kualiti dan kuantiti prestasi sukan Negara,” ujar Raymond dengan penuh bersemangat.

Resolusi Seminar Bersama Peserta Seminar.

Penyampaian Cenderamata kepada panel jemputan oleh Pengarah IPG Kampus Rajang.

Sebanyak 20 kertas kerja dibentang termasuk satu slot amali badminton sepanjang 2 hari seminar berlangsung. Isu-isu yang dikupas dalam membicarakan PJ  dan sains sukan ini termasuklah yang membabitkan kejurulatihan dan latihan, fisiologi, pemakanan sukan, psikolgi sukan, biomekanik serta aplikasi pengajaran dan pembelajaran PJ.

Seminar ini yang meliputi tajuk-tajuk dalam bidang PJ dan Sains Sukan semasa diharapkan akan menjadi medan kepada para pensyarah, guru-guru dan para pelajar untuk memberi dan menimba pengetahuan serta berkongsi kepakaran hasil penyelidikan demi memupuk budaya menyelidik dan peningkatan budaya bekerja secara professional serta usaha meningkatkan profesionalisme keguruan.

Sesi Fotografi selepas Majlis Penutupan Rasmi Seminar Penyelidikan PJ & Sains Sukan 2011.
 



Khamis, 22 September 2011

Lawatan PGSR PJ Amb.Nov.2008 ke MSN/ISN/BAM Bukit Jalil

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MSN / ISN / BAM BUKIT JALIL
 PGSR PJ AMBILAN NOV.2008

11 HINGGA 15 SEPTEMBER 2011

1.            Hari Pertama Lawatan

                Tarikh                   :              12 September 2011( Isnin )
                Tempat                 :              Majlis Sukan Negara( MSN )

Lawatan ke Majlis Sukan Negara ( MSN ) pada hari ini adalah untuk melihat peranan  MSN sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan menggilap bakat atlet-atlet kebangsaan  dalam pelbagai jenis sukan.

                Pegawai Perhubungan Awam MSN dalam sesi  taklimatnya menyentuh aspek-aspek berikut:

                i)             Visi MSN
                ii)            Kemudahan MSN di Luar Kuala Lumpur
                iii)           Jadual Latihan Atlet
                iv)           Kontrak Atlet dengan MSN
                v)            peranan serta tanggungjawab MSN
                vi            Pencapaian atlet-atlet kebangsaan

Selepas selesai sesi taklimat para peserta telah dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan, venue latihan dan sukan  serta persekitaran MSN. Setiap kemudahan dan venue latihan yang dilawati telah  diberi penerangan oleh pegawai pengiring.
               
               Secara keseluruhannya lawatan ke MSN dirasakan cukup berjaya kerana pihak MSN telah memberi kerjasama sepenuhnya pada kami. Dalam pada itu, dapatan hasil kunjungan ke MSN ini pastinya dapat membantu kami dalam menyempurnakan tugasan PJM3112.




2.            Hari Kedua Lawatan

                Tarikh                   :              13 September 2011( Selasa )
                Tempat                 :              Institut Sukan Negara( ISN )


Lawatan ke Institut Sukan Negara( ISN ) pada hari ini para peserta dapat diberi pendedahan berkenaan peranan serta tanggungjawab agensi ini dalam sains sukan.

Pusat  yang mula-mula kami lawati ialah Gimnasium.  Pusat yang menempatkan pelbagai latihan bebanan dijalankan. Di sini para atlet dibantu sepenuhnya oleh Condisioning Team.  Pasukan ini akan memantau, membantu,  mengendalikan bentuk latihan  serta membantu dalam penggunaan peralatan gim.
               
Seterusnya kami dibawa ke  Bahagian Fisiologis Senam. Pusat yang menjalankan penyelidikan, ujian kecergasan atlet dan pemulihan atlet.

Di bahagian Fisioterapi peserta telah didedahkan berkenaan  rawatan dan pemulihan atlet. Atlet yang mengalami kecederaan ringan mahupu berat akan dirujuk ke bahagian ini.  Atlet-atlet yang mengalami kecederaan berat akan hanya dirujuk ke pusat sehari selepas menjalani pembedahan di hospital.

Pusat terakhir kami lawati pada hari ini ialah bahagian yang bertanggungjawab terhadap pemakanan atlet. Bahagian ini menjalankan khidmat pemakanan atlet, ujian hidrasi dan menjalankan ujian komposisi badan.

Rumusnya,  lawatan ke ISN diyakini memberi input yang amat berguna kepada setiap peserta. Pastinya kami dapat melihat  proses rawatan, pemulihan dan sebarang ujian berkenaan sains sukan  untuk para atlet. InsyaAllah dapatan daripada kunjungan ke ISN ini dapat membantu kami dalam menyempurnkan tugasan PJM3112.





3.            Hari Ketiga

                Tarikh                   :  14 September 2011
                Hari                       : Rabu
                Tempat                 : Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

                Lawatan hari ketiga lawatan ke BAM. Pra peserta telah diterangkan penubuhan BAM, isu-isu semasa yang melanda BAM serta jadual latihan atlit termasukjadual latihan Datuk Ling Chong Wei. Para peserta juga didedah pemakanan dalam sukan. Kami juga diberi peluang untuk meninjau latihan-latihan yang telah dijalankan oleh atlit badminton Negara. Para peserta juga turut bergambar kenanagan besama pemain badminton nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei.






 Laporan disediakan oleh :                                                                                          15 SEPTEMBER 2011.



Saini Bin Haji Jamblee
Pengerusi
Lawatan Memenuhi Tuntutan Proforma PJM3112
PGSR PJ Ambilan 2008
IPG Kampus Rajang Bintangor



Khamis, 15 September 2011

Maklumat terkini Seminar Penyelidikan PJ dan Sains Sukan Sarawak 2011

Kepada peserta yang berminat menghadiri seminar sila membuat pendaftaran secepat mungkin sebab penyertaan terhad. Sila gunakan borang penyertaan dalam blog ini dan fakkan (dengan slip pembayaran)  kepada Ketua Jabatan PJK (084691913). Pembayaran yuran seminar (RM 150) dapat dibayar melalui akaun Maybank (161211009952). Hubungi Dr.Ong Kong Swee untuk maklumat lanjut. Sila simpan slip pembayaran Maybank untuk dikemukakan semasa pendaftaran.

Jadual tentatif baru keseluruhan seminar adalah seperti di bawah click jadual bawah:





Jadual seminar terkini akan disiarkan secepat mungkin. Pastikan peserta sentiasa melayari blog ini untuk maklumat terkini tentang seminar tersebut. Semua penceramah-penceramah yang disenaraikan  telah membuat pengesahan untuk menghadiri seminar tersebut termasuk juga En. Rexy Manaiky.

Ahad, 4 September 2011

Seminar Penyelidikan Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan Sarawak 2011

Jabatan PJK IPG Kampus Rajang akan mengadakan satu seminar penyelidikan pendidikan jasmani dan sains sukan di IPG Kampus Rajang, Bintangor pada 1 dan 2  OKTOBER 2011. Kami menjemput peserta-peserta berikut untuk menyertai seminar tersebut:
1. Guru-guru Pendidikan Jasmani & Sukan, Guru-guru Ko-kurikulum Sekolah
2. Jurulatih-jurulatih Sukan Sarawak
3. PISMP PJ Major Ambilan Januari 2011
4. PGSR PJ Major Semester 6 dan PPG PJ Major PJ Semester 1
5. Pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Sains Sukan) dari Institusi dan Universiti.

Beberapa pakar-pakar bidang Pendidikan jasmani dan Sains Sukan yang terdiri daripada Profesor Madya dan pensyarah-pensyarah universiti tempatan akan dijemput untuk membentangkan kajian mereka serta menilai pembentangan hasil kajian tindakan pelajar IPG Kampus Rajang.

Kepada guru-guru PJ & Sukan serta peserta yang berminat, anda boleh menghubungi Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Rajang, Dr Ong Kong Swee (0168626509 atau ongkongswee@gmail.com) untuk keterangan lanjut.

Borang pendaftaran seminar adalah seperti yang dilampirkan dalam blog ini. Sila hantar borang pendaftaran bersama dengan yurannya sebelum 18 September 2011. Untuk mengelakkan kelewatan mendaftar sila fakskan borang tersebut kepada Dr. Ong Kong Swee (no. fak: 084-691913). Segala maklumat lanjut akan dikemaskini di blog ini dari semasa ke semasa.

>>>DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN SEMINAR<<<

Isnin, 22 Ogos 2011

Maklumat Terkini Seminar Penyelidikan Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan 2011

Untuk makluman semua peserta Seminar Penyelidikan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan 2011 anjuran Jabatan PJK IPG Kampus Rajang dan Pelajar PISMP Major PJ Semester 8 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1-2 Oktober 2011
Tempat: IPG Kampus Rajang, Bintangor. Sarawak.
Pendaftaran : 0800-0830 (1 Okt 2011)
Yuran Pendaftaran : Pelajar ( RM 50)
                               Bukan Pelajar (RM 150)
Untuk makluman selanjutnya sila hubungi Dr. Ong Kong Swee (0168626509 atau ongkongswee@gmail.com)


Isnin, 15 Ogos 2011

Bahan Rujukan Pelajar PPISMP Semester 3 Kemahiran Asas Bola Sepak

Sila layari website http://soccerxpert.com untuk mendapat pelbagai aktiviti latih tubi yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah mengikut umur. Website ini memberi beberapa cadangan aktiviti latih tubi kemahiran asas bola sepak yang menarik dan mengikut kehendak dan kebolehan pelajar di sekolah rendah. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee jika memerlukan bantuan.

Isnin, 8 Ogos 2011

Pengumuman Seminar PJ Kpd PGSR, PPG dan PISMP Major PJ

Untuk makluman semua pelajar PGSR, PPG dan PISMP major PJ semua pelajar perlu menghadiri  dan menyertai Seminar PJ dan Sains Sukan 2011 anjuran PISMP Major PJ semester 8 dan Jabatan PJK IPG Kampus Rajang. Ini adalah kerana pengelolaan dan pengurusan seminar tersebut merupakan satu dari tugasan dan kerja kursus yang perlu dilalui oleh semua pelajar major PJ PISMP, PPG dan PGSR apabila mereka berada di semester 8. Seminar PJ dan Sains Sukan tersebut dicadangkan pada tarikh 1 dan 2 Okt. 2011 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk mendapat maklumat selanjutnya sila hubungi Ketua Jabatan PJK Dr. Ong Kong Swee. Terima Kasih.

Rabu, 3 Ogos 2011

Slides Topik Maklumbalas/Feedback untuk Kursus PJM3105

Untuk makluman  pelajar PISMP (PJ) Ambilan Jan 2011 slides untuk topik Maklumbalas atau "Feedback" untuk kursus PJM 3105 (Pertumbuhan dan Perkembangan Motor) boleh didapati dari link di bawah :

>>>Maklumbalas 1/ Feedback 1<<<
>>>Maklumbalas 2/Feedback 2<<<

Sila download melalui link di atas, sebelum anda boleh mengakses bahan tersebut pastikan anda cari bahan dari website lain untuk pengetahuan yang mendalam tentang topik tersebut.

Isnin, 1 Ogos 2011

Tugasan Kerja Kursus PJM3119 Penyelidikan Tindakan II - Pelaksanaan dan Pelaporan (PJ Pendidikan Rendah)









Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan (BAM) Tahap Satu

Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan (BAM) Tahap Satu
Tarikh : 14 – 18 Mac 2011
Tempat : Kompleks Sukan Bintangor & Hotel Ming Kiong

Pendahuluan
Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan ini telah berlangsung selama 5 hari di Kompleks Sukan Bintangor dan Hotel Ming Kiong.  Kursus ini telah disertai oleh 47 orang perserta yang terdiri daripada 32 peserta luar dan 15 peserta IPG.

Pendaftaran dimulakan pada jam 8 pagi di Hotel Ming Kiong Bintangor.


Sesi pendaftaran para peserta kursus
 
Taklimat kursus terus diberikan selepas pendaftaran. Falsafah kejurulatihan dan perlesenan dijelaskan oleh instruktur BAM, iaitu Encik Chooi Weng Sheng. Beliau juga meneruskan kelas yang bertajuk “Sejarah Badminton dan Struktur Organisasi BAM” dan “Peralatan Badminton”.


Bengkel Kemahiran Asas Badminton diketuai oleh Encik Muhtasham Katan di Kompleks Sukan Bintangor . Beliau telah memberi ilmu asas tentang badminton dan juga mengajar kemahiran asas yang tepat kepada para peserta. Teknik asas seperti genggaman dan ayunan raket diajar.


 Selepas latihan asas di gelanggang, kelas diteruskan di Hotel Ming Kiong dengan tajuk “Metodologi Latihan dan Suaian Fizikal”.





Aktiviti diteruskan dengan kelas mengenai pengenalan kepada kejurulatihan dan perancangan sesi latihan. Dalam kelas ini, para peserta dapat mengenali sistem kejurulatihan Malaysia dan mempelajari persediaan rancangan sesi latihan. Para peserta juga dibahagikan kepada banyak pasangan kecil dengan teknik pukulan yang berlainan. Mereka diminta membuat rancangan pengajaran badminton. Rancangan ini akan didemonstrasikan pada hari ujian nanti.


Teknik pukulan dan cara mengajar didemonstrasikan oleh Encik Muhtasham. 



Dr Ong Kong Swee telah memberi ceramah bertajuk “Pemakanan Sukan” dan “Pengenalan Biomekanik”. Tajuk berkenaan adalah mengenai ilmu sains sukan. Para jurulatih juga memberi bantuan jika peserta menghadapi sebarang persoalan dan masalah.


 
Ujian praktikal kemahiran asas diadakan pada pagi  hari terakhir. Kemahiran asas badminton akan diuji dan rancangan pengajaran yang disiapkan oleh para peserta akan didemonstrasikan pada pagi ini. Pemerhatian dan pemberian markah di bawah penyeliaan jurulatih. 


Ujian dijalankan dengan lancar dan Upacara Penutupan diadakan di Hotel Ming Kiong pada jam 2 petang. Dr. Ong Kong Swee, selaku Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah merasmikan penutupan ini. Beliau memberi galakan kepada para peserta supaya teruskan menyertai kursus peringkat kedua setelah lulus dalam kursus peringkat satu ini. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat menganjurkan kursus kali ini. 






 



Tugasan Kerja Kursus PJM3118 (KECEDERAAN DALAM SUKAN)

TUGASAN KERJA KURSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
NAMA PELAJAR:
MATA PELAJARAN: PJM3118 (KECEDERAAN DALAM SUKAN)
UNIT/KUMPULAN: PISMP-IPGM AMBILAN JANUARI 2008
TARIKH MULA: 27.07.2011
TARIKH TAMAT: 05.09.2011

Melalui pergerakan, kanak-kanak mengenali bahawa tubuh badan mereka boleh digunakan sebagai alat untuk beraktiviti dengan cara yang berkesan. Tetapi pada masa yang sama, peluang untuk berlakunya kecederaan meningkat.


Bagi meningkatkan kesedaran tentang pembelajaran kecederaan dalam sukan, anda dikehendaki memilih SATU  SUKAN berikut dan menyediakan penulisan dan mengendalikan amali yang berkaitan dengan tajuk yang berkenaan .
Contohnya, sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukan .
  
Hasil Pembelajaran Kursus

1.    Menghuraikan teori pembelajaran yang berkaitan dengan kecederaan dalam sukan;
2.    Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan kecederaan dalam sukan;
3.    Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan;
4.    Melaksanakan rawatan kecederaan dalam sukan dengan berkesan;
5.    Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan
6.    Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa

Hasil tugasan anda perlu disediakan dalam bentuk penulisan, power point dan dilaksanakan dalam bentuk amali.
Isi kandungan penulisan dan  pembentangan anda merangkumi:
·   Pengenalan*
·   Objektif*
·   Aspek kecederaan dalam sukan (berdasarkan tajuk penulisan) *punca, simpton, penyebab, cara mengelakkan, rawatan, pemulihan,
·  Rujukan( sekurang-kurangnya LIMA buku teks dan SEPULUH rujukan maya)*
·  Lampiran
·  Perlaksanaan amali
·  Refleksi
·  Borang kolaborasi
·  CD hasil penyediaan powerpoint (tidak kurang dari 20  slide powerpoint presentation)
(* kesemuanya tidak kurang dari 15 mukasurat)

KERTAS KERJA ANDA PERLULAH BERDASARKAN SPESIFIKASI YANG DIBERIKAN SEPERTI DI BAWAH

A. Kandungan muka depan
i   ) Logo Kementerian Pelajaran Malaysia
ii  ) Nama Institut Perguruan: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, SARAWAK.
iii ) Nama Jabatan: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
iii ) Tahun: 2011
iv ) Mata Pelajaran: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
v  ) Nama Kursus (PJM3118: KECEDERAAN DALAM SUKAN)
vi ) Nama Peserta : 4 PELAJAR DALAM SATU KUMPULAN
viii) Kursus / Unit: PISMP-IPGM  AMBILAN JANUARI 2008 (PENDIDIKAN JASMANI)

B. Jenis Kertas
·   Kertas A4
·   Muka Depan Berwarna kuning Tua
C. Saiz Font
·   12
D. Jenis Font
·   Arial
E. Jangka masa perancangan
·   4 minggu
F. Bentuk
Sediakan dalam bentuk ’Hard copy’ dan ’Soft copy’. ( ’Comb-binding’ & CD )
G. Catatan
Tugasan ini dijalankan secara individu.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1.         Penulisan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2.         Penulisan anda perlu merangkumi perkara berikut;
Isi kandungan penulisan, amali dan  pembentangan anda merangkumi:
·   Pengenalan*
·   Objektif*
·   Aspek kecederaan dalam sukan (berdasarkan tajuk penulisan) *punca, simpton, penyebab, cara mengelakkan, rawatan, pemulihan,
·  Rujukan( sekurang-kurangnya LIMA buku teks dan SEPULUH rujukan maya)*
·  Lampiran
·  Bukti Perlaksanaan amali
·  Refleksi
·  Borang kolaborasi
·  CD hasil penyediaan powerpoint (tidak kurang dari 30 slide powerpoint presentation)
(* kesemuanya tidak kurang dari 15 mukasurat)

3.         Keseluruhan isi dan pengelolaan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja individu dan disokongan dengan rujukan ilmiah,

4.         Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan coheren.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.



Disediakan Oleh:                                                                                                                      Disahkan Oleh:





PENSYARAH     
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN