Welcome

Isnin, 1 Ogos 2011

Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan (BAM) Tahap Satu

Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan (BAM) Tahap Satu
Tarikh : 14 – 18 Mac 2011
Tempat : Kompleks Sukan Bintangor & Hotel Ming Kiong

Pendahuluan
Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan ini telah berlangsung selama 5 hari di Kompleks Sukan Bintangor dan Hotel Ming Kiong.  Kursus ini telah disertai oleh 47 orang perserta yang terdiri daripada 32 peserta luar dan 15 peserta IPG.

Pendaftaran dimulakan pada jam 8 pagi di Hotel Ming Kiong Bintangor.


Sesi pendaftaran para peserta kursus
 
Taklimat kursus terus diberikan selepas pendaftaran. Falsafah kejurulatihan dan perlesenan dijelaskan oleh instruktur BAM, iaitu Encik Chooi Weng Sheng. Beliau juga meneruskan kelas yang bertajuk “Sejarah Badminton dan Struktur Organisasi BAM” dan “Peralatan Badminton”.


Bengkel Kemahiran Asas Badminton diketuai oleh Encik Muhtasham Katan di Kompleks Sukan Bintangor . Beliau telah memberi ilmu asas tentang badminton dan juga mengajar kemahiran asas yang tepat kepada para peserta. Teknik asas seperti genggaman dan ayunan raket diajar.


 Selepas latihan asas di gelanggang, kelas diteruskan di Hotel Ming Kiong dengan tajuk “Metodologi Latihan dan Suaian Fizikal”.





Aktiviti diteruskan dengan kelas mengenai pengenalan kepada kejurulatihan dan perancangan sesi latihan. Dalam kelas ini, para peserta dapat mengenali sistem kejurulatihan Malaysia dan mempelajari persediaan rancangan sesi latihan. Para peserta juga dibahagikan kepada banyak pasangan kecil dengan teknik pukulan yang berlainan. Mereka diminta membuat rancangan pengajaran badminton. Rancangan ini akan didemonstrasikan pada hari ujian nanti.


Teknik pukulan dan cara mengajar didemonstrasikan oleh Encik Muhtasham. 



Dr Ong Kong Swee telah memberi ceramah bertajuk “Pemakanan Sukan” dan “Pengenalan Biomekanik”. Tajuk berkenaan adalah mengenai ilmu sains sukan. Para jurulatih juga memberi bantuan jika peserta menghadapi sebarang persoalan dan masalah.


 
Ujian praktikal kemahiran asas diadakan pada pagi  hari terakhir. Kemahiran asas badminton akan diuji dan rancangan pengajaran yang disiapkan oleh para peserta akan didemonstrasikan pada pagi ini. Pemerhatian dan pemberian markah di bawah penyeliaan jurulatih. 


Ujian dijalankan dengan lancar dan Upacara Penutupan diadakan di Hotel Ming Kiong pada jam 2 petang. Dr. Ong Kong Swee, selaku Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah merasmikan penutupan ini. Beliau memberi galakan kepada para peserta supaya teruskan menyertai kursus peringkat kedua setelah lulus dalam kursus peringkat satu ini. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat menganjurkan kursus kali ini. 






 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~