Welcome

Khamis, 10 Mei 2012

Sukaneka 2012


   Pengenalan

Sukaneka ini merupakan salah satu program permainan kanak-kanak yang dianjurkan oleh guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Melayu (BM) semester 5 ambilan Januari 2010. Kerja projek ini memerlukan pelajar-pelajar PISMP Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Pengajian Sosial untuk merancang dan melaksanakan satu program permainan yang melibatkan pelajar-pelajar PPISMP Bahasa Iban, PPISMP TESL dan PPISMP Sejarah.

Sukaneka ini telah dilaksanakan dalam bentuk stesen. Setiap stesen mempunyai aktiviti-aktiviti tertentu. Di setiap stesen, murid-murid dikehendaki untuk menjalankan setiap aktiviti yang disediakan. Selepas menghabiskan 8 stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dikumpulkan dan pasukan yang mempunyai markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Untuk pembahagian kumpulan pula, sebanyak 8 kumpulan akan dibentuk dan setiap kumpulan  mempunyai ahli seramai 9 hingga 10 orang.

Sukaneka ini bertujuan untuk membina disiplin murid-murid dengan peraturan permainan yang perlu dipatuhi, mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid serta murid dan murid, mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru pelatih, dan menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Laporan Pelaksanaan

            Pada 26 April 2012 yang lalu, satu acara sukaneka telah diadakan bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2011. Program ini telah dianjurkan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu (PISMP BM) semester 5 Ambilan Januari 2010 dengan kerja sama PISMP Pengajian Sosial dan PISMP Bahasa Cina Ambilan Januari 2010. Program ini telah dijalankan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGM KR) yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.
           
            Terdapat beberapa permainan yang berbentuk sukaneka yang telah dijalankan. Setiap permainan telah diaturkan mengikut stesen. Terdapat 8 permainan yang dirancang untuk membentuk 8 stesen. Di setiap stesen, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan permainan yang disediakan dan juga terdapat stesen yang perlu dinilai melalui masa. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu bersaing dalam permainan tersebut untuk memperolehi juga jumlah masa yang terpantas.

            Selain itu, terdapat juga stesen yang mengkehendaki murid untuk mengumpul mata. Di stesen ini, murid perlu mendapatkan seberapa banyak mata untuk membantu pasukan mereka memperoleh mata terkumpul yang banyak. Selepas menghabiskan 8 stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dijumlahkan dan pasukan yang mendapat markah paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

            Antara permainan yang terdapat di stesen- stesen tersebut ialah:
                          i.        Stesen 1 ( Belon Air )
                        ii.        Stesen 2 ( Mr. Bean )
                       iii.        Stesen 3 ( Rubber Trafic )
                       iv.        Stesen 4 ( Harta Karun )
                        v.        Stesen 5 ( Bata Berjalan )
                       vi.        Stesen 6 ( Kereta Api )
                      vii.        Stesen 7 ( Sudu dan Bola )
                    viii.        Stesen 8 ( Tibai Lalat )

            Acara sukaneka ini telah bermula pada jam 2.00 petang yang memerlukan pelajar-pelajar mendaftar nama dan diberi sedikit taklimat mengenai program yang akan dijalankan. Selepas itu pada jam 2.15 petang, acara perasmian pertandingan sukaneka telah dilangsungkan dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diiringi oleh pensyarah pembimbing setiap kelas. Acara sukaneka ini bermula kira-kira jam 2.30 petang.
           
            Setiap pelajar yang menyertai acara ini bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan tersebut. Semangat kesukanan dan kerjasama yang erat di antara peserta amat jelas semasa permaian sukaneka ini berlangsung. Di samping itu juga, arahan peraturan dan bimbingan yang diberikan oleh pihak penganjur amat jelas dan boleh memberi pemahaman kepada setiap peserta. Selain itu, pemantauan yang dilakukan oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa pertandingan juga telah melicinkan lagi perjalanan aktiviti permaianan tersebut berlangsung.

            Permainan ini telah ditamatkan pada jam 3.30 petang dan kesemua kumpulan peserta telah berjaya menyelesaikan permainan di setiap stesen. Di samping itu, pengurusan masa setiap stesen juga teratur dan menepati jangkaan waktu perlaksaan seperti yang dirancangkan dalam kertas kerja. Setelah aktiviti permainan tamat peserta-peserta diberikan masa rehat sambil dihidangi dengan makanan dan minuman ringan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Sejurus selepas itu, peserta dan ahli jawatankuasa penganjur dikehendaki berkumpul di hadapan astaka untuk menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan 8.

Padang Bola Sepak IPG Kampus Rajang
Pendaftaran peserta 


Kedatangan pensyarah dari jabatan PJK

Barisan pensyarah PJK yang hadir
\
Juruacara bagi aktiviti sukaneka iaitu saudara Afiq serta saudari Noor Shafinah
Ucapan perasmian dari Encik Chula
Peserta mendengar penerangan ringkas dari ketua stesen



Permainan Kereta Api




Permainan Rubber Traffic

Permainan Belon Air 

Permainan Suda dan Bola

Permainan Harta Karun

Permainan Mr. Bean

Permainan Tibai Lalat

Permainan Bata Berjalan
















1 ulasan:

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~