Welcome

Khamis, 10 Mei 2012

LAWATAN KE BALAI BOMBA CAWANGAN SUNGAI MERAH, SIBU



Pensyarah pengiring, selaku Penyelaras, Puan Florina memberikan sedikit taklimat sebaik sahaja sampai.

        Pada 25 Mei 2012,seramai 20 orang pelajar PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011 dan diiringi oleh 2 orang pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan pendidikan keselamatan di Balai Bomba Sungai Merah, Sibu Sesi ceramah yang pertama telah di jalankan sekitar jam 8 pagi sebaik sahaja tiba di sana.Kami telah di sambut dengan baik oleh pihak bomba.
Para pelajar menanti pihak bomba untuk memaklumkan tempat ceramah dijalankan.

Sesi pertama di mulakan dengan ceramah mengenai keselamatan kebakaran oleh En Morshidi Bin Taha. Ceramah beliau di mulakan dengan sesi perkenalan diri bersama peserta dan pegawai di sana.



            Ceramah mengenai keselamatan kebakaran menjadi langkah awal untuk mengelakkan api kebakaran.Selain itu, kami telah di dedahkan mengenai kategori-kategori kebakaran sama ada jenis kecil ataupun besar.Kami juga di dedahkan mengenai cara memadam api kebakaran iaitu menyelimut, menyejukkan dan melaporkan kepada pihak bomba.Selain itu, cara merebakkan api dengan menggunakan olak haba lebih-lebih lagi sekiranya berlaku di bangunan.Olak haba di gunakan untuk mengelakkan dari terus menerus kebakaran tanpa kawalan.Peserta juga di dedahkan dengan jenis-jenis pemadam api iaitu A,B. C, D.Setiap jenis alat pemadam api mempunyai fungsi bahan yang telah di tetapkan.
Penceramah juga menerangkan langkah-langkah menggunakan alat pemadam api dengan betul iaitu PASS = Pull,Aim,Squeeze dan Sweep. Penceramah juga telah mengingatkan peserta mengenai memberi laluan kepada kereta bomba sekiranya terdapat kereta bomba terdapat di jalan raya untuk mengelakkan kelambatan mereka sampai ke tempat kebakaran,Perkara seperti ini seharusnya memberi kerjasama dan dapat di sampaikan kepada masyarakat yang berada di luar sana.
Pada slot yang terakhir, penceramah membuka kepada peserta untuk mengajukan beberapa soalan sekiranya masih terdapat keraguan mengenai kebakaran.
Sesi ceramah yang kedua telah dijalankan sekitar jam 10.30 pagi oleh Encik peter ak. Jinang iaitu pegawai bomba yang bertugas dalam bidang pengurusan latihan dan praktikal bomba. Sebelum diteruskan dengan isi ceramah yang disampaikan, beliau memberikan sedikit maklumat ringkas mengenai latar belakang beliau sepanjang berkhidmat dengan pihak bomba. Beliau merupakan warga Sibu dan telah pun berkhidmat dengan jabatan bomba selama 11 tahun. Sebelum berpindah ke sini, beliau telah bertugas di Balai Bomba Kapit. 
Penceramah kedua, Encik Peter ak Jinang memulakan sesi ceramah kedua.

Ceramah dan juga penerangan dijalankan malah sesi soal jawab dengan pelajar juga diadakan.

Bergambar dengan pegawai bomba yang memberikan ceramah.


Sesi ceramah beliau dimulakan dengan tayangan video berkaitan keselamatan kebakaran. Antara perkara penting yang dimuatkan di dalam video itu ialah panduan-panduan jika berlaku kebakaran di kawasan tempat tinggal dan tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut. video yang mengambil masa selama lebih kurang 30 minit itu memberikan beberapa pengetahuan dan ilmu baru kepada para peserta lawatan ini terutamanya dalam aspek melawan kebakaran.
Selepas itu, sesi diteruskan dengan fokus utama ceramah yang ingin disampaikan iaitu ‘Good Housekeeping’ ataupun ‘Penjagaan di Rumah atau Pejabat’. Dalam konteks pengawalan kebakaran, ianya membawa maksud mengendalikan barang tanpa mendatangkan bahaya kepada orang lain. Inilah yang cuba disampaikan oleh penceramah kepada para peserta agar peserta memahami akan situasi sebenar dalam mengawal kebakaran. Pengawalan kebakaran bukan sahaja memadam api yang sedang marak, tetapi lebih penting, menghalang api tersebut daripada merebak ke tempat atau barangan yang lain. Ini adalah prinsip yang ditekankan oleh pihak bomba kepada orang awam.
Selain itu, amalan good housekeeping boleh membantu mencegah berlakunya kebakaran, mencegah berlakunya kemalangan, dan secara tidak langsung menjaga kebersihan persekitaran. Perkara ini merupakan perkara yang selalu dipandang enteng oleh orang awam kerana mereka tidak mengetahui akan bahaya yang menimpa jika memandang ringan masalah ini. Pihak bomba melalui peluang sebegini sedaya upaya menyalurkan maklumat penting ini kepada para peserta agar peserta tahu akan tanggungjawab yang dipikul sebagai masyarakat awam yang prihatin terhadap keselamatan.
Antara isi lain yang disampaikan oleh penceramah ialah mengenai bagaimana mengelakkan kebakaran daripada berlaku. Pokok utama yang harus dilakukan ialah mengasingkan benda bahaya seperti bahan pepejal, cecair, gas, logam, elektronik, percikan  kilat dan beberapa bahan lain lagi yang boleh mendatangkan bahaya. Sesi ini diteruskan lagi dengan isu-isu penting yang dibincangkan berkaitan masalah kebakaran seperti perkongsian pengalaman oleh pihak bomba, gambar-gambar kebakaran yang berlaku dan lain-lain lagi. Beberapa faktor keselamatan yang mesti diambil berat oleh orang awam ialah yang pertama amalan keselamatan dalam premis yang perlu ditekankan dengan teliti. Sebagai contoh, susunan dalaman premis yang tidak sesak dan menghalang laluan agar jika berlaku sebarang kecemasan, peluang untuk bertindak dan menyelamatkan diri adalah lebih baik. Selain itu, pemeriksaan ataupun ujian secara regular terhadap peralatan dan perkakas elektrik, pengasingan lain-lain punca nyalaan seperti menyediakan bekas habuk rokok, dan tidak dibenarkan merokok setengah jam sebelum tamat waktu bekerja. Perkara keempat ialah pengstoran iaitu penyimpanan cecair yang mudah terbakar di dalam bekas yang sesuai dan juga barang-barang yang telah siap diasingkan daripada pengeluar.
Banyak lagi faktor keselamatan yang diberikan penekanan serius oleh penceramah, Encik Peter, antaranya lagi ialah pengasingan ataupun pembuangan sisa bahan kimia, pembersihan kawasan yang mudah terbakar, latihan kakitangan iaitu latihan kebakaran yang perlu dijalani oleh setiap kakitangan yang bekerja, dan persekitaran keselamatan seperti penyediaan panduan keselamatan dan merangkumi juga peralatan melawan kebakaran seperti alat memadam api, loceng kecemasan, hose bomba dan pili bomba.
Sesi yang penuh dengan informasi yang sangat bermanfaat ini mengambil masa selama satu jam setengah dan sesi bersoal jawab juga dijalankan sebaik penceramah selesai menyampaikan isi cermaah beliau. Beberapa persoalan ynag dikemukakan oleh para peserta kepada penceramah telah diberikan penjelasan oleh pihak penceramah sendiri dan mereka juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sepanjang berkhidmat dengan jabatan bomba. Sesi ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan kerjasama yang terjalin antara pihak Institut dan Jabatan bomba secara amnya.
Sesi lawatan diteruskan dengan ujian amali dan praktikal yang telah diadakan pada pukul 2.00 petang. Sebelum memulakan ujian amali tersebut, Encik Peter Ak Jinang, salah seorang pegawai bomba di Pejabat Balai Bomba Sibu telah memberi sedikit taklimat menerangkan tentang cara-cara untuk memadamkan api. Selain itu, beliau turut memperkenalkan jenis-jenis api dan bagaimana untuk memadam api minyak. 
Para peserta melihat peralatan dan kenderaan yang digunakan untuk menyelamat dan memadam api.

Pegawai bomba menyediakan alatan-alatan menyelamat untuk diperkenalkan kepada para peserta.

Para peserta dinilai tentang cara-cara penggunaan pemadam api.

Para peserta yang mencuba memadam api yang dinyalakan menggunakan teknik yang diajar.

Antara gelagat peserta semasa memadam api.

Cubaan berani salah seorang peserta, Muhammad Akmal mendekati api dengan pemadam api yang tersedia di tangan.

Cubaan memadam oleh Nur Amalina Omar.

Encik Basri tidak melepaskan peluang untuk mencuba.



Pegawai bomba memperkenalkan alatan yang digunakan semasa kebakaran dan juga aktiviti menyelamat.



Pemandu bas, Encik Basri yang bersama-sama peserta juga turut mencuba dan mengenali peralatan yang diperkenalkan.


Para guru pelatih mencuba pili yang digunakan untuk memadam api.

Pegawai bomba sentiasa mengawasi aktiviti para peserta.





Semasa taklimat berlangsung, beliau turut memperkenalkan komponen-komponen alat pemadam api jenis ABC. Beliau juga menjelaskan satu per satu cara-cara penggunaan alat pemadam api tersebut termasuklah cara-cara membuka pin dan cara-cara menghalakan pincu ke arah api. Pergerakan arah angin perlu di ambil kira semasa memadam api. Hal ini kerana, api akan menghala ke arah badan semasa memadamkan api sekiranya bertentangan dengan arah angin. Perkara tersebut boleh membahayakan diri. Kedudukan jarak yang selamat untuk memadam api adalah 2 hingga 3 meter daripada api kebakaran. Perkara ini telah diuar-uarkan oleh Encik Peter Ak Jinang dalam taklimat beliau.
Pada jam 2.30 petang, ujian amali dimulakan. Kami telah diuji untuk menamakan setiap komponen alat pemadam api jenis ABC dan dikehendaki memadam api minyak yang telah disediakan. Kebanyakan daripada kami berjaya memadam api dengan baik semasa ujian tersebut. Secara tidak langsung, hal ini memberi pendedahan yang baru kepada kami cara-cara untuk memadamkan api. Ilmu ini amat berguna kepada kami sekiranya berlaku kebakaran pada masa akan datang. Selepas itu, pada jam 3.00 petang kami diperkenalkan dengan jentera atau kenderaan bomba. Jentera yang dinamakan FRT- Fire Rescue Tender merupakan jentera yang amat penting yang digunakan semasa proses menyelamat. Jentera ini dilengkapi dengan pelbagai alatan menyelamat termasuklah hos, cutter, tangga, dan lain-lain. Pegawai bomba yang bertugas telah menunjukkan setiap alatan yang terdapat dalam jentera FRT tersebut.
Kami juga dibawa menaiki jentera FRT. Hal ini memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada kami kerana dapat merasa pengalaman bagaimana perasaan pegawai bomba semasa bergegas ke tempat kejadian. Pegawai yang bertugas juga telah menunjukkan cara memotong besi dengan menggunakan ‘hydrollic besi’. Mengikut sesi soal-jawab kami dengan pegawai bomba, alat ini digunakan ketika ingin menyelamatkan mangsa tersepit di dalam kereta semasa kemalangan jalanraya. Alat ini sememangnya amat kuat dan mampu  memotong logam atau besi yang teguh.
Suasana bertambah menarik apabila kami diberi peluang untuk mencuba memegang hos air untuk memadam api. Kami ditunjukkan cara-cara memegang hos dengan betul. Melalui sesi temubual, pegawai bomba menyatakan bahawa air ini mampu disembur sehingga ke tingkat lima bangunan.
Pada jam 4.00 petang, kami telah diperkenalkan dengan jentera TTL-Turn Table Ladder. Jentera ini berfungsi untuk mengambil mangsa yang terperangkap diatas bangunan yang tinggi semasa kebakaran. Kami juga telah diberi peluang untuk menaiki jentera TTL ini.
Sesi amali dan praktikal tamat pada jam 4.30 petang. Melalui sesi praktikal ini, kami memperolehi pengalaman bagaimana cara-cara pegawai bomba melakukan tugas-tugas menyelamat dan input yang amat berguna tentang aspek-aspek keselamatan yang telah ditunjukkan.
Majlis penutupan.

Ucapan daripada Pengerusi Lawatan, Saudara Leo Chuo.

Penyelaras Lawatan, Pn. Florina diiringi oleh pensyarah pengiring, En. Ismail menyampaikan cenderamata kepada Ketua Jabatan Bomba Bahagian Sungai Merah, En. Morshidi bin Taha.

Antara ahli bomba yang terlibat dalam amali.

Sesi bergambar sebelum bersurai.

Lawatan berakhir dengan minum petang bersama anggota bomba sebelum peserta lawatan bera


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~