Welcome

Khamis, 31 Oktober 2013

Tugasan Pelajar OUM HBPE3103 Tidak Dapat Ikut Ujian Amali

Kepada pelajar saya yang tidak dapat hadir Ujian Amali pada 16 Nov. 2013 di Komplek Sukan Bukit Lima, Sibu.
Sila buat tugasan yang dibawah untuk maklumat dan makluman semua pelajar yang berkenaan.


Tugasan HBPE3103 (Tidak Dapat Hadir Amali):

Menyediakan satu kertas kerja prosedur/protokol perlaksanaan Ujian Amali untuk mengukur dan menilai kemahiran asas sukan atau permainan. Bateri ujian atau instrumen ujian yang disediakan perlu berlainan dari bateri ujian yang terdapat dalam Ujian Amali Permainan (HBPE3103).

Anda perlu pilih dua  sukan atau permainan, satu dari Kumpulan A (Bola sepak atau Bola jaring) dan Kumpulan B (Bola tampar atau Tenis). Sediakan tiga bateri ujian untuk setiap permainan yang dipilih.


Tugasan di atas perlu diserahkan kepada Tutor (Dr. Ong Kong Swee) pada atau sebelum 16 Nov. 2013.


Sabtu, 26 Oktober 2013

Pengumuman & Jadual Ujian Amali OUM HBPE3103

Makluman semua pelajar saya OUM HBPE3103, Ujian Amali akan diadakan pada 16 Nov. 2013 (Jam 8.00 pagi) di Komplek Sukan Bukit Lima, Sibu.

Untuk makluman semua, buat masa kini jadual Ujian Amali adalah seperti ketetapan dibawah.(Sila pasti melawati blog ini setiap masa jika terdapat sebarang perubahan pada masa akan datang).

Jadual Penilaian adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 Nov. 2013

Masa           Tindakan
0730             Semua peserta berada di Komplek Sukan Bukit Lima
                     (Buat memanaskan badan dan percubaan jika perlu sendiri)
0745             Taklimat dan Demostrasi Ujian Amali.
0800             Ujian Amali Bermula (Bola Jaring & Bola Sepak). Ujian akan bermula serentak.
                     Sila rujuk kepada senarai nama yang akan di lampirkan untuk memastikan giliran                                          menjalankan ujian tersebut)
0930             Ujian Amali Bermula (Bola Tampar).
                     Akan disediakan 2 stesen penilaian.
1100             Ujian Amali Tenis.

Senarai nama pelajar untuk ujian amali adalah seperti berikut :Sila download senarai nama di bawah:

Senarai Nama Peserta Amali .

Pastikan peserta amali membuat persediaan sendiri untuk ujian tersebut.