Welcome

Khamis, 31 Oktober 2013

Tugasan Pelajar OUM HBPE3103 Tidak Dapat Ikut Ujian Amali

Kepada pelajar saya yang tidak dapat hadir Ujian Amali pada 16 Nov. 2013 di Komplek Sukan Bukit Lima, Sibu.
Sila buat tugasan yang dibawah untuk maklumat dan makluman semua pelajar yang berkenaan.


Tugasan HBPE3103 (Tidak Dapat Hadir Amali):

Menyediakan satu kertas kerja prosedur/protokol perlaksanaan Ujian Amali untuk mengukur dan menilai kemahiran asas sukan atau permainan. Bateri ujian atau instrumen ujian yang disediakan perlu berlainan dari bateri ujian yang terdapat dalam Ujian Amali Permainan (HBPE3103).

Anda perlu pilih dua  sukan atau permainan, satu dari Kumpulan A (Bola sepak atau Bola jaring) dan Kumpulan B (Bola tampar atau Tenis). Sediakan tiga bateri ujian untuk setiap permainan yang dipilih.


Tugasan di atas perlu diserahkan kepada Tutor (Dr. Ong Kong Swee) pada atau sebelum 16 Nov. 2013.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~