Welcome

Khamis, 10 Mei 2012


Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara
Negeri Sarawak

Bagi memenuhi syarat sukatan rancangan pembelajaran Pendidikan Jasmani 3110, 3 kumpulan iaitu PISMP BC, PISMP PS dan PISMP BM Ambilan Jan 2010 yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor telah mengadakan lawatan ke Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak di Kuching pada 7 Mac 2012. Lawatan ini mengambil masa 3 hari 2 malam. Kami diiringi oleh beberapa pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani. Tujuan utama mengadakan lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan para guru pelatih mengenai proses pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak, proses pemilihan atlet sebagai wakil serta isu-isu dalam bidang sukan.
Pada jam 7 pagi 3 Mac 2012, kami seramai 55 guru pelatih telah bersiap-sedia untuk bertolak ke Kuching, Kami tiba di Kuching dan telah mendaftar di Hotel Grand Continental pada jam 5 petang. Kami telah diberi taklimat pendek mengenai prosedur  dan perjalanan program pada keesokan hari oleh pensyarah, iaitu Encik Ismail Dikoh.

Perjalanan dari IPG Kampus Rajang ke Kuching


Sesi bergambar sebelum bertolak dari IPG


          Taklimat Prosedur



Taklimat diberi oleh pensyarah pembimbing

Pada keesokan hari, kami telah sampai ke Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak pada 9:00 pagi. Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak merupakan dua bangunan yang bersebelahan. Oleh kerana jumlah pelajar IPG terlalu ramai, kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk memudahkan proses lawatan.
Di Institut Sukan Sarawak, kami berpeluang memasuki bilik gimnasium dan berpeluang untuk berjumpa dengan para wakil negeri dan wakil negara. Pada ketika itu, para pemain bola sepak Pasukan Sarawak sedang mengadakan latihan bebanan. Kami juga berpeluang untuk bergambar bersama mereka. Peralatan yang ada di situ lengkap untuk kegunaan para atlet. Bilik gimnasium ini juga boleh digunakan oleh orang ramai dengan syarat pembayaran. Pihak yang bertanggungjawab juga telah menjelaskan cara-cara penggunaan peralatan yang ada. Selain itu, beliau juga banyak menjelaskan tentang proses pengurusan Institut Sukan Negeri Sarawak dan kelayakan sebagai seorang jurulatih serta sedikit sebanyak mengenai isu-isu sukan.

Taklimat dan penerangan dari Pengarah/ Pegawai kejurulatihan


Pelajar-pelajar mendengar penerangan daripada pegawai sukan, ISN.



Peralatan-peralatan yang terdapat di dalam gimnasium



Atlet-atlet sedang menjalankan latihan bebanan


Sesi bergambar dengan pemain Pasukan Bola Sepak Sarawak


Selepas itu, kami diberi peluang untuk menyaksikan Planetarium. Ini merupakan salah satu pengalaman yang menarik kepada kami. seterusnya, kami telah menjejakkan kaki ke Majlis Sukan Negeri Sarawak. Kami telah berjumpa dengan pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak. Beliau telah memberi taklimat ringkas mengenai pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri Sarawak. Selain itu, beliau juga telah berkongsi pendapat mengenai isu-isu yang ditimbulkan seperti peruntukan dalam sukan, proses yang perlu dilalui oleh seorang atlet dan jurulatih, sebab-sebab pemilihan atlet tidak dilatih daripada awal dan sebagainya. Melalui peluang ini, kami guru pelatih yang kurang pengetahuan dalam sukan berpeluang menyoal dan menyatakan pendapat kami tentang program yang dijalankan. Kami amat bertuah kerana mempunyai peluang ini untuk memahami masalah-masalah dan keadaan sebenar dalam bidang sukan di Sarawak. Lawatan pada kali ini tamat pada waktu petang.


 
Taklimat khas dari Pengarah MSN,Sarawak-- Encik Francis Nyurang Ding


Pengarah MSN memberi taklimat kepada pelajar
Pengarah MSN menyampaikan cenderamata kepada Pensyarah pengiring,
Encik Ling Chung Yeo


Pelajar-pelajar IPG mengambil gambar bersama Pengarah MSN, Sarawak


              Pada 9 Mac 2012, kami bertolak balik ke IPG setelah kami siap bersarapan. Lawatan Ilmiah ke Kuching tamat dengan sempurnanya.
Secara kesimpulannya, lawatan pada kali ini telah membuka mata para guru pelatih dalam melayari bidang sukan di negara kita. Kami amat berterima kasih kepada para pensyarah yang telah mengiringi kami sepanjang perjalanan ini. Sekiranya diberi peluang, kami berharap dapat mengadakan lawatan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~