Welcome

Selasa, 7 Februari 2012

PENGISIAN JABATAN PJK PERHIMPUNAN MINGGUAN

Pada 17 Januari 2012, Jabatan Pendidikan Jasmani telah mengendalikan satu sesi pengisian dengan semua guru pelatih IPG Kampus Rajang.
Para pelajar sedang mendengar ucapan dan penerangan daripada Dr. Ong.

Pengisian ini dilakukan sempena perhimpunan mingguan dan Jabatan PJK merupakan jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan perhimpunan pada minggu tersebut.
Dr. Ong sedang memberikan penerangan tentang kursus-kursus yang bakal dijalankan sepanjang semester.

Pengisian pada ketika itu adalah taklimat penting yang akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan PJK sepanjang semester satu tahun 2012. Ketua Jabatan telah menegaskan berkenaan pakaian PJ yang lengkap dan sesuai bagi lelaki dan perempuan. Dr. Ong juga telah memberitahu berkenaan dengan kursus-kursus kejurulatihan dan kepegawaian yang akan dikendalikan dan dilaksanakan oleh  Jabatan PJK seperti Kursus Kepegawaian Futsal Fam (02-03 March 2012), Kursus Sains Sukan Tahap 1 (9-13 March 2012) dan Kursus Kejurulatihan Ping Pong Tahap 1 (14-17 March 2012) yang akan berjalan di IPG Kampus Rajang.
Senaman menyejukkan badan di akhir slot pengisian.

Slot perhimpunan ini diadakan di Dewan Sri Rajang dan semua pelajar terlibat dengan sepenuhnya dalam aktiviti tersebut. Setiap pelajar melaksanakan senaman aerobik dengan aktif dan cergas dengan menggunakan pakaian sukan dan PJ. Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh pelajar PISMP PJ ambilan Jan 2011 menjadi pembuka dan penutup bagi slot perhimpunan ini.
Kerjasama yang baik daripada semua pelajar sehingga ke akhir slot.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang hadir serta para pelajar yang memberikan kerjasama sepenuhnya semasa aktiviti tersebut.

1 ulasan:

  1. moga lebh banyak dokumentasi diletakkan agar menjadi lebih menarik.

    BalasPadam

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~