Welcome

Khamis, 28 Julai 2011

Seminar Penyelidikan Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan 2011

Jabatan PJK IPG Kampus Rajang akan mengadakan satu seminar penyelidikan pendidikan jasmani dan sains sukan di IPG Kampus Rajang, Bintangor pada 1 dan 2  OKTOBER 2011. Kami menjemput peserta-peserta berikut untuk menyertai seminar tersebut:
1. Guru-guru Pendidikan Jasmani & Sukan
2. Jurulatih-jurulatih Sukan Sarawak
3. PISMP PJ Major Ambilan Januari 2011
4. PGSR PJ Major Semester 6 dan PPG PJ Major PJ Semester 1
5. Pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Sains Sukan) dari Institusi dan Universiti.

Beberapa pakar-pakar bidang Pendidikan jasmani dan Sains Sukan yang terdiri daripada Profesor Madya dan pensyarah-pensyarah universiti tempatan akan dijemput untuk membentangkan kajian mereka serta menilai pembentangan hasil kajian tindakan pelajar IPG Kampus Rajang.

Kepada guru-guru PJ & Sukan serta peserta yang berminat, anda boleh menghubungi Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Rajang, Dr Ong Kong Swee (0168626509 atau ongkongswee@gmail.com) untuk keterangan lanjut.

Borang pendaftaran seminar adalah seperti yang dilampirkan dalam blog ini. Sila hantar borang pendaftaran bersama dengan yurannya sebelum 18 September 2011. Untuk mengelakkan kelewatan mendaftar sila fakkan borang tersebut kepada Dr. Ong Kong Swee (no. fak: 084-691913). Segala maklumat lanjut akan dikemaskini di blog ini dari semasa ke semasa.