Welcome

Khamis, 31 Januari 2013

Master & Phd UPSI Program Eksekutif di Sibu

Kepada semua yang berminat dan telah menghadiri Taklimat dari UPSI Holding dan Fakulti Sains Sukan UPSI sila hantar borang yang lengkap dengan dokumen-dokumen dan sijil-sijil sokongan kepada Dr. Ong Kong Swee di alamat seperti berikut:  Dr. Ong Kong swee, No. 17A, Lorong tebu 3, Jalan Teku . 96000 Sibu. Sarawak. (Sebelum 1 Mac. 2013). Borang tersebut perlu dilampirkan dengan Yuran proses sebanyak RM 50 (wang pos dituju kepada UPSI Holding). Hubungi Dr. Ong sebelum hantar untuk memastikan tempat sebab bilangan terhad kepada  30 orang peserta. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut (0168626509). Untuk makluman semua yang berminat UPSI Holding akan adakan program tersebut di Sibu jika bilangan mencukupi. Tempat untuk program tersebut kemungkinan akan dijalankan di Methodist Pilley, Sibu.

Borang untuk program ini atau program lain boleh didapati dibawah.


borang eksekutif master upsi

Untuk maklumat terperinci program eksekutif Sarjana Sains Sukan dan program UPSI yang lain sila lihat pamphlet yang berikut untuk rujukkan dibawah. Sila hubungi Dr.Ong Kong Swee untuk maklumat selanjutnya jika  memerlukan program ini dilaksanakan di Sibu.

Program MBA 
Program Sarjana Pendidikan Awal kanak-Kanak
Program Sarjana Pengurusan Pendidikan
Program Sarjana Sains Sukan 


Untuk program kedoktoran dari UPSI sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut melaksanakan program tersebut di SIBU. Maklumat terkini mengenai Phd adalah sekurang-kurangnya LIMA orang yang berminat dalam bidang yang sama diperlukan untuk melaksanakan program ini di SIBU. Contohnya, jika kelima-lima berminat untuk Phd Dalam Psikologi Sukan. Pihak UPSI Holding akan memastikan 2 orang penyelia phd akan menyelia kelima pelajar untuk program tersebut di SIBU. Yuran pengajian akan diberitahu tidak lama lagi.

Khamis, 10 Januari 2013

KERJA KURSUS PJM3106 ANATOMI & FISIOLOGI

Berikut adalah kerja kursus PJm 3106 untuk kursus Anatomi Dan Fisiologi untuk tindakan semua pelajar PISMP PSV Ambilan Jan 2012. Sila cetak dan laksanakan tugasan yang dilampirkan. Bincang dengan saya secepat mungkin.










ISL PJM3106 Kumpulan PISMP-PSV Ambilan Jan 2012

Kepada pelajar Dr. Ong Kong Swee PJM3106 dilampirkan ISL PJM3106 untuk tindakan semua pelajar untuk mengambil dan mencetakkan untuk simpanan sendiri.



PBS3103: PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PISMP PSV SEM 3

Kepada pelajar PISMP PSV Ambilan Jan 2012 (Semester 3) yang di bawah kuliah Dr. Ong Kong Swee untuk kursus PJM 3106. Sila rujuk kepada dokumen atau tugasan elektif Pendidikan Jasmani PBS 3103 untuk pelajar semasa praktikum seperti yang di lampirkan di bawah ini.



Sabtu, 5 Januari 2013

ROAD SHOW Master Pendidikan Sains Sukan 2013 Di SIBU

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program tersebut sila dapatkan borang yang dilampirkan. Isikan borang tersebut dan bawah dokumen-dokumen anda semasa ROAD SHOW UPSI  pada 27 Januari 2013 di RH Hotel Jam 10.30 pagi. Taklimat akan dijalankan oleh pihak UPSI Holding. Sila pastikan sesiapa yang berminat menghadiri taklimat tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program master tersebut. Sebarang kemuskilan sila hubungi Dr. Ong Kong Swee melalui blog ini atau No. Handphone 0168626509 atau  email ongkongswee@gmail.com. Terima Kasih. Dilampir bersama di bawah surat dari pihak UPSI Holding yang akan menjalankan taklimat di RH Hotel pada 27 Jan 2013. Jangan tunggu lama sila daftar secepat mungkin.