Welcome

Khamis, 17 Februari 2011

Jabatan PJK Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

 Pengenalan




Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diwujudkan dalam tahun 2000 dan merupakan jabatan yang keenam di Institut Perguruan Rajang (IPR), Bintangor. Skop dan peranan jabatan ini adalah berdasarkan keperluan dan peranan jabatan ini dalam melaksanakan kurikulum pendidikan perguruan sebagaimana yang dihasratkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) khususnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya. Oleh yang demikian, jabatan ini telah distruktur semula untuk menjadi satu jabatan yang terdiri daripada dua unit, iaitu Unit Pendidikan Jasmani (PJ) dan Unit Pendidikan Kesihatan (PK).

Jabatan ini diurus dan ditadbir oleh seorang ketua jabatan. Untuk melicinkan dan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran jabatan, unit-unit dalam jabatan telah dibahagikan kepada empat bidang peranan yang diketuai oleh ketua subunit iaitu program kecergasan, kursus kelolaan institusi dan jabatan, program pendidikan luar dan sukan rekreasi dan penilaian.

Peranan utama jabatan ini adalah untuk menjayakan kurikulum pendidikan guru dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, kursus-kursus dan program-program yang amanahkan oleh pihak institute dan BPG. Selain daripada itu, jabatan ini berkolaborasi dengan agensi luar seperti Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan dan Persatuan-persatuan Sukan untuk menjayakan program-program, aktiviti-aktiviti atau kursus-kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Sains Sukan, Kejurulatihan dan Kecergasan.



Objektif Jabatan


Melalui aktiviti, kursus dan program yang dijalankan oleh Jabatan PJK, pelajar atau peserta kursus dapat:
1.1          Melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan;

1.2          Memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan serta sains sukan bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan;

1.3          Membina kesedaran bagi meningkatkan tahap kecekapan dan kesihatan diri;

1.4          Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif melalui penglibatan aktif dalam aktiviti pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan;

1.5          Membina kesedaran bagi meningkatkan keupayaan kendiri kearah kecemerlangan dalam bidang professional keguruan;

1.6          Menyedari keperluan kanak-kanak berkeperluan khas;

1.7          Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas;

1.8          Menggunakan internet, multimedia, cd rom, ict sebagai sumber untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan; dan

1.9          Mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif yang boleh menyumbang kepada perkembangan pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan serta sains sukan.

___________________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~