Welcome

Isnin, 9 April 2012

Pertandingan Bola Sepak IPG Kampus Rajang

Bintangor, Sarawak- IPG Kampus Rajang telah mengadakan pertandingan bola sepak pada 27 Feb hingga 29 Feb 2012 di padang bola sepak IPG Kampus Rajang. Sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada kali ini dimana pasukan-pasukan terdiri daripada 7 pasukan lelaki dan 7 pasukan perempuan. Penganjuran kali ini adalah selaras dengan usaha kumpulan PJ yang telah membersihkan dan mengecat semula padang untuk menjadikan padang lebih sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar. Jadi, pertandingan telah dianjurkan untuk merasmikan padang yang telah diperbaharui. Seperti yang diketahui umum, Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Jadi, adalah lebih baik untuk mempunyai 11 orang pemain dalam satu pertandingan bola sepak yang rasmi. Tetapi, memandangkan pelajar-pelajar di kampus tidaklah ramai sangat, satu pasukan hanya mempunyai 9 orang pemain sahaja termasuk simpanan. Walaupun setiap pasukan hanya mempunyai 9 orang pemain, tetap boleh menampakkan setiap pasukan menunjukkan usaha, keazaman, iltizam dalam usaha untuk menjaringkan gol sepanjang permainan. Sepanjang pelangsungan pertandingan bola sepak selama tiga hari, hujan yang lebat juga tidak melemahkan semangat setiap pemain walaupun pertandingan pada hari kedua ditangguh seketika. Di samping itu, perkara yang menggembirakan untuk pertandingan pada kali ini adalah staf sokongan yang berganding dengan staf akademik juga telah menghantar pasukan untuk pertandingan kali. Walaupun mereka lebih tua dari segi umur, tetapi mereka telah menunjukkan kesungguhan yang cukup tinggi semasa bermain dengan pelajar-pelajar. Selain  itu, semua pemain telah bermain secara adil dan saksama dan tidak melakukan perkara-perkara yang melanggari displin mahupun membantah keputusan pengadil. Walaubagaimanapun, pertandingan kali ini boleh dikatakan menghadapi sedikit rintangan apabila menampakkan pihak penganjur yang menghadapi kekurangan orang dan kekurangan kepakaran dalam melaksanakan sesetengah tugas terutamanya semasa pertandingan sedang berlangsung yang kadang-kala menampakkan pengadil yang terdiri daripada pelajar tidak berani dan yakin diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk menentukan sesuatu perkara. Jadi, pertandingan seperti ini harus diadakan lebih kerap supaya pelajar boleh mempelajari menguruskan sesuatu penganjuran dan memperoleh pengalaman daripada sesuatu penganjuran dan tidak dinafikan juga bahawa pertandingan boleh mengeratkan silaturahim antara pelajar dengan pelajar dan juga dengan staf akademik dan juga staf sokongan. Pertandingan berakhir dengan kumpulan lelaki dijuarai oleh  BE MY BABY dan kumpulan perempuan dimenangi oleh pasukan NAK LEPUT ANYUT KARAM DI LAUT.

Dr. Ong Kong Swee memberi kata-kata alauan sempena perasmian pertandingan bola sepak IPG Kampus Rajang
Pengarah, En. Raymond Gai Panting @ Gaie memberi ucapan dan seterusnya merasmikan pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh kumpulan PISMP PJ AMBILAN JAN 2011


ANTARA AKSI-AKSI MENARIK SEPANJANG PERTANDINGAN BOLA SEPAK
                                                       HARI PERTAMA





                                                                     HARI KEDUA




                                                                               
                                                                 
                                                                    HARI KETIGA 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~