Welcome

Khamis, 31 Januari 2013

Master & Phd UPSI Program Eksekutif di Sibu

Kepada semua yang berminat dan telah menghadiri Taklimat dari UPSI Holding dan Fakulti Sains Sukan UPSI sila hantar borang yang lengkap dengan dokumen-dokumen dan sijil-sijil sokongan kepada Dr. Ong Kong Swee di alamat seperti berikut:  Dr. Ong Kong swee, No. 17A, Lorong tebu 3, Jalan Teku . 96000 Sibu. Sarawak. (Sebelum 1 Mac. 2013). Borang tersebut perlu dilampirkan dengan Yuran proses sebanyak RM 50 (wang pos dituju kepada UPSI Holding). Hubungi Dr. Ong sebelum hantar untuk memastikan tempat sebab bilangan terhad kepada  30 orang peserta. Sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut (0168626509). Untuk makluman semua yang berminat UPSI Holding akan adakan program tersebut di Sibu jika bilangan mencukupi. Tempat untuk program tersebut kemungkinan akan dijalankan di Methodist Pilley, Sibu.

Borang untuk program ini atau program lain boleh didapati dibawah.


borang eksekutif master upsi

Untuk maklumat terperinci program eksekutif Sarjana Sains Sukan dan program UPSI yang lain sila lihat pamphlet yang berikut untuk rujukkan dibawah. Sila hubungi Dr.Ong Kong Swee untuk maklumat selanjutnya jika  memerlukan program ini dilaksanakan di Sibu.

Program MBA 
Program Sarjana Pendidikan Awal kanak-Kanak
Program Sarjana Pengurusan Pendidikan
Program Sarjana Sains Sukan 


Untuk program kedoktoran dari UPSI sila hubungi Dr. Ong Kong Swee untuk mendapat maklumat lanjut melaksanakan program tersebut di SIBU. Maklumat terkini mengenai Phd adalah sekurang-kurangnya LIMA orang yang berminat dalam bidang yang sama diperlukan untuk melaksanakan program ini di SIBU. Contohnya, jika kelima-lima berminat untuk Phd Dalam Psikologi Sukan. Pihak UPSI Holding akan memastikan 2 orang penyelia phd akan menyelia kelima pelajar untuk program tersebut di SIBU. Yuran pengajian akan diberitahu tidak lama lagi.

1 ulasan:

  1. Selamat sejahtera..
    Tuan, boleh saya tahu di mana tempat untuk saya belajar MASTER dalam bidang Pen. Awal Kanak-kanak di SIBU?? kalau ada, ambilan tahun 2015, bila ya di buka?

    BalasPadam

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~