Welcome

Jumaat, 6 Julai 2012

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PISMP PENDIDIKAN JASMANI DI TANJUNG KEMBANG, KABONG, SARAWAK.


Pada 16 April 2012, Kumpulan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Rajang telah bertolak ke Tanjung Kembang, Kabong bagi melaksanakan Program Pendidikan Luar. Aktiviti ini dijalankan selama 6 hari 5 malam dan disertai oleh 20 orang pelajar, 5 pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta dua orang staf sokongan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah berkayak, water confident, snorkeling, abseiling, kajian flora dan fauna, orienteering dan malam kebudayaan.

Pada hari pertama kami sampai di Kabong, kami memulakan aktiviti dengan membina gajet induk, gajet tempat makan dan juga khemah masing-masing.

Pelajar yang bertugas untuk memasak makanan tengah hari sementara menunggu gajet disiapkan.

Penyediaan minuman dan juga makanan segera sementara makanan tengah hari disiapkan.

Penyediaan makanan dan minuman dipantau oleh pensyarah.

Pembinaan khemah induk diawasi dan dibantu oleh Encik Chula ak Bina. Bimbingan daripada pensyarah amat membantu para pelajar membina khemah induk ini.

Para pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain mengangkat peti menyimpan barang makanan.

Para pelajar sedang mendirikan tiang untuk bendera Jalur Gemilang dan juga bendera IPG.


Sesi makanan tengah hari.

Pembinaan gajet bersambung setelah makan tengah hari.

Para pelajar yang bertugas memasak bersedia menyiapkan minum petang.
Pelajar berhenti seketika untuk minum petang.

Encik Chula, memantau dan membantu para pelajar dalam pembinaan gajet.

Para peserta sedang memasang khemah masing-masing.

Usaha membina gajet alas kaki oleh para peserta.

Kedudukan khemah para peserta.

Aktiviti menaikkan bendera jalur Gemilang dan IPG.

Upacara penurunan bendera.

Penyerahan bendera kepada Saudara Muhammad Akmal,  Pengerusi Pendidikan Luar.

 Pada hari kedua, aktiviti yang dijalankan ialah berkayak dan 'water confident'.
Para peserta kayak berkumpul sebelum memulakan aktiviti.

Para peserta mula bergerak untuk memulakan aktiviti menyelamat menggunakan kayak.

'X' rescue..

Keadaan peserta yang meminta pertolongan.

Kayak penyelamat membantu dalam menebalikkan kayak.

Peserta kayak diperhatikan oleh pensyarah semasa naik ke dalam kayak setelah diselamatkan.

Para peserta lain yang menunggu giliran untuk melakukan aktiviti kayak.


Bot yang membawa peserta dan pensyarah pembimbing mengikuti peserta yang sedang berkayak.

Hari ketiga, diteruskan lagi dengan aktiviti keyakinan air dan aktiviti menyelamat serta 'snorkeling'.
Peserta mendengar taklimat daripada pensyarah sebelum aktiviti 'water confident' dan aktiviti menyelamat dimulakan.
Peserta diarahkan untuk memakai jaket keselamatan dan memeriksan keadaan jaket yang digunakan.

Encik Chula ak Bina memberikan taklimat serta nasihat.

Peserta mengangkut peralatan dan juga bekalan makanan serta minuman yang perlu dibawa ke atas bot.

Peserta membawa jaket keselamatan untuk aktiviti menyelamat.
Bot yang digunakan untuk aktiviti menyelamat.



Peserta diarahkan meniarap di pesisir pantai.
Sesi Berkenalan di gigi pantai bersama pensyarah.

Peserta berjalan serentak menuju ke arah laut.
Aktiviti membiasakan diri dengan air laut bersama pasangan masing-masing.

Peserta bersedia untuk memulakan aktiviti.

Antara aktiviti keyakinan yang diperkenalkan.

Para pensyarah dan peserta menuju ke tempat untuk melakukan aktiviti menyelamat.

Keadaan salah seorang peserta yang menjalani aktiviti menyelamatkan mangsa.
Pensyarah memberikan arahan menggunakan healer dari atas bot.

Aktiviti keyakinan diri yang memerlukan tahap kerjasama yang tinggi.

Salah seorang peserta yang mengalami kekejangan kaki semasa aktiviti.

Para peserta saling berpaut untuk memastikan mereka tidak terputus dan ditinggalkan bot yang sedang bergerak.


Keadaan semasa peserta berpaut pada tali yang diikat pada bot nelayan.

Aktiviti 'snorkeling'.
Aktiviti 'snorkeling' tetap dijalankan walaupun faktor lokasi kurang memberikan minat kepada para peserta kerana keadaan air yang tidak jernih.

Para peserta cuba membiasakan diri menggunakan peralatan yang dibekalkan.

Gelagat para peserta ingin mencuba sesuatu.


Akhirnya, 'snorkeling' ini diselingkan dengan aktiviti berarak dalam air.



Hari keempat, aktiviti abseiling yang diadakan di Sebangkoi dan kajian flora dan fauna di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Langkah keselamatan yang dikekalkan semasa mengikat tali.

Pensyarah membuat demonstrasi kepada para peserta.

Encik Chula memulakan aktiviti dengan cubaan turun.

Beliau naik semula dengan mendaki setelah memastikan lokasi selamat untuk meneruskan aktiviti.
Peserta memastikan kesemua alatan keselamatan lengkap dipasang sebelum turun.


Peserta yang menjaga 'safety line' sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.


Peserta turun dengan berhati-hati dan menggunakan kemahiran yang diajar.

Aktiviti kajian flora dan fauna..
Antara tumbuhan flora yang dijumpai di tepi pantai.

Peserta menggunakan kanta pembesar.
Belalang yang berjaya ditangkap tetapi dilepaskan semula.

Ikan tembakul..

Peserta melihat obor-obor yang terdampar tepi pantai.

Peserta menggunakan kemudahan seadanya untuk aktiviti ini.



Bagi hari kelima, kami menjalani aktiviti orienteering dan pada sebelah malam terdapat Malam Kebudayaan yang menampilkan persembahan daripada dua buah kumpulan melalui kreativiti masing-masing berdasarkan tema 'Pendidikan Luar'.
Taklimat diberikan sebelum aktiviti orienteering bermula.


Peserta memberikan perhatian sepenuhnya kepada taklimat yang diberikan.




Pensyarah berbincang dengan ketua setiap kumpulan sebelum  mereka mula membuat 'point' yang bakal dicari.



1 ulasan:

  1. Waa...baik...tahniah kepada semua pelajar PISMP PJ Sem 4 Ambilan Jan 2011 dan Jabatan PJ & PK. Budimu tiadaakhirnya...
    Jangan lupa lawati dan kunjungilah blog saya di alamat mondnieltalk.blogspot.com

    BalasPadam

Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~