Kepada pelajar Kursus PJM3111 Dr. Ong Kong Swee sila pastikan anda semua menjalankan mesyuarat yang membincang berkenaan dengan pertandingan Bola Tampar dan Bola Baling yang akan diadakan selepas Bulan Puasa/Hari Raya.
Perkara berikut perlu dilaksanakan:
a) Perlu adakan mesyuarat yang mempunyai minit mesyuarat yang sah. (Semua ahli Perlu hadir)
b) Menentukan Nama Pertandingan dan tarikh untuk pertandingan. (3 hari sahaja)
c) Sila bincangkan dan cadangkan sistem pertandingan, peraturan dan syarat pertandingan dan juga anggaran perbelanjaan. (Saya perlu anda bincangkan jika pendaftaran adalah 12 pasukan untuk lelaki dan perempuan)
d) Menyediakan Jadual pertandingan untuk kedua-dua sukan. (4 pertandingan , Bola Tampar (L & P) dan Bola Baling (L & P))
e) Ahli Jawatan Kuasa untuk semua pertandingan.
f) Pembukaan dan Penutupan (Siapa ?)
g) Yuran pendaftaran (Borang Pendaftaran).
h) Setelah semua dibincangkan sediakan satu kertas kerja pengelolaan pertandingan sebagai Draft untuk saya lihat dan untuk perbincangan akan datang.
Sila pastikan semua perbincangan dalam kelas perlu diminitkan untuk memastikan ia dilaksanakan. Semua pelajar perlu menghadiri mesyuarat yang dijalankan. Kehadiran sila ambil . Sila hubungi saya 0168626509 atau ongkongswee@gmail.com jika perlu penjelasan atau masalah-masalah tertentu.
Disediakan oleh Dr. Ong Kong Swee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan komen/soalan/permintaan di ruangan ini.
Terima Kasih ~ Admin ~