Welcome

Sabtu, 28 Julai 2012

TUGASAN PJM3111 (30 JULAI-3 OGOS 2012)

Kepada pelajar Kursus PJM3111 Dr. Ong Kong Swee sila pastikan anda semua menjalankan mesyuarat yang membincang berkenaan dengan pertandingan Bola Tampar dan Bola Baling yang akan diadakan selepas Bulan Puasa/Hari Raya.

Perkara berikut perlu dilaksanakan:

a) Perlu adakan mesyuarat yang mempunyai minit mesyuarat yang sah. (Semua ahli Perlu hadir)
b) Menentukan Nama Pertandingan dan tarikh untuk pertandingan. (3 hari sahaja)
c) Sila bincangkan dan cadangkan sistem pertandingan, peraturan dan syarat pertandingan dan juga anggaran perbelanjaan. (Saya perlu anda bincangkan jika pendaftaran adalah 12 pasukan untuk lelaki dan perempuan)
d) Menyediakan Jadual pertandingan untuk kedua-dua sukan. (4 pertandingan , Bola Tampar (L & P) dan Bola Baling (L & P))
e) Ahli Jawatan Kuasa untuk semua pertandingan.
f) Pembukaan dan Penutupan (Siapa ?)
g) Yuran pendaftaran (Borang Pendaftaran).
h) Setelah semua dibincangkan sediakan satu kertas kerja pengelolaan pertandingan sebagai Draft untuk saya lihat dan untuk perbincangan akan datang.

Sila pastikan semua perbincangan dalam kelas perlu diminitkan untuk memastikan ia dilaksanakan. Semua pelajar perlu menghadiri mesyuarat yang dijalankan. Kehadiran sila ambil . Sila hubungi saya 0168626509 atau ongkongswee@gmail.com jika perlu penjelasan atau masalah-masalah tertentu.

Disediakan oleh Dr. Ong Kong Swee

Jumaat, 27 Julai 2012

PISMP BM Amb.Jan.2010_ Ismail Dikoh

Pelajar-pelajar PISMP BM yang belajar kursus  PJM3110, boleh upload nota saya, pastikan semua RPH siap dan sentiasa membuat kolaborasi dengan saya.GOOD LUCK. Sila ambil tugasan PJM3110

Selasa, 24 Julai 2012

PJM3111 Bola Tampar & Bola Baling Pelajar PISMP Major PJ Ambilan Jan 2011

Sila ambil bahan dibawah untuk tindakan pelajar PISMP Major PJ Ambilan Jan 2011.
Rancangan Semester
Tugasan PJM3111

Disediakan Oleh : Dr. Ong Kong Swee

Pelajar PPISMP (B. Iban) Jun 2012 En. Ismail Dikoh

Untuk makluman semua pelajar PPISMP (B. IBAN) Ambilan Jun 2012 bahan-bahan untuk Kursus PJ Akademik PJ 1 adalah seperti yang dilampirkan dengan blog ini. Sila ambil bahan-bahan tersebut untuk tindakan dan rujukkan anda. Sila klik pada bahagian ISMAIL BIN DIKOH pada ruangan sebelah kiri anda untuk muat turun bahan-bahan tersebut.Pastikan semua tugasan disiapkan. Sila amil Tugasan di sini.

Isnin, 23 Julai 2012

Tugasan PJ2311D kepada pelajar PPISMP (BI) GSTT Ambilan Jan 2012

Sila cetak tugasan anda dan buat tindakan secepat mungkin. Nota-nota untuk PJ2311D adalah seperti yang dilampirkan di bawah.

powerpoint Kecergasan PJ
powerpoint Kurukulum PJ
powerpoint Pengenalan PJ
Tugasan PJ2311D
Rancangan Semester PJ2311D

Disediakan : Dr. Ong Kong Swee
Sila beri komen anda jika ada di bawah

Khamis, 19 Julai 2012

TUGASAN PJM3119 PGSR MAJOR PJ AMBILAN NOV. 2008

Untuk makluman pelajar Major PJ PGSR Ambilan Nov. 2008. Sila rujuk kepada tugasan PJM3119 untuk melaksanakan tugasan anda. Sila pastikan semua pelajar Major PJ berhubung dengan pensyarah penyelia untuk membuat tindakan lanjut. Sila cetak tugasan tersebut di bawah:





Disediakan oleh: Dr. Ong Kong Swee

Selasa, 17 Julai 2012

Jumaat, 6 Julai 2012

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PISMP PENDIDIKAN JASMANI DI TANJUNG KEMBANG, KABONG, SARAWAK.


Pada 16 April 2012, Kumpulan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Rajang telah bertolak ke Tanjung Kembang, Kabong bagi melaksanakan Program Pendidikan Luar. Aktiviti ini dijalankan selama 6 hari 5 malam dan disertai oleh 20 orang pelajar, 5 pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta dua orang staf sokongan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah berkayak, water confident, snorkeling, abseiling, kajian flora dan fauna, orienteering dan malam kebudayaan.

Pada hari pertama kami sampai di Kabong, kami memulakan aktiviti dengan membina gajet induk, gajet tempat makan dan juga khemah masing-masing.

Pelajar yang bertugas untuk memasak makanan tengah hari sementara menunggu gajet disiapkan.

Penyediaan minuman dan juga makanan segera sementara makanan tengah hari disiapkan.

Penyediaan makanan dan minuman dipantau oleh pensyarah.

Pembinaan khemah induk diawasi dan dibantu oleh Encik Chula ak Bina. Bimbingan daripada pensyarah amat membantu para pelajar membina khemah induk ini.

Para pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain mengangkat peti menyimpan barang makanan.

Para pelajar sedang mendirikan tiang untuk bendera Jalur Gemilang dan juga bendera IPG.


Sesi makanan tengah hari.

Pembinaan gajet bersambung setelah makan tengah hari.

Para pelajar yang bertugas memasak bersedia menyiapkan minum petang.
Pelajar berhenti seketika untuk minum petang.

Encik Chula, memantau dan membantu para pelajar dalam pembinaan gajet.

Para peserta sedang memasang khemah masing-masing.

Usaha membina gajet alas kaki oleh para peserta.

Kedudukan khemah para peserta.

Aktiviti menaikkan bendera jalur Gemilang dan IPG.

Upacara penurunan bendera.

Penyerahan bendera kepada Saudara Muhammad Akmal,  Pengerusi Pendidikan Luar.

 Pada hari kedua, aktiviti yang dijalankan ialah berkayak dan 'water confident'.
Para peserta kayak berkumpul sebelum memulakan aktiviti.

Para peserta mula bergerak untuk memulakan aktiviti menyelamat menggunakan kayak.

'X' rescue..

Keadaan peserta yang meminta pertolongan.

Kayak penyelamat membantu dalam menebalikkan kayak.

Peserta kayak diperhatikan oleh pensyarah semasa naik ke dalam kayak setelah diselamatkan.

Para peserta lain yang menunggu giliran untuk melakukan aktiviti kayak.


Bot yang membawa peserta dan pensyarah pembimbing mengikuti peserta yang sedang berkayak.

Hari ketiga, diteruskan lagi dengan aktiviti keyakinan air dan aktiviti menyelamat serta 'snorkeling'.
Peserta mendengar taklimat daripada pensyarah sebelum aktiviti 'water confident' dan aktiviti menyelamat dimulakan.
Peserta diarahkan untuk memakai jaket keselamatan dan memeriksan keadaan jaket yang digunakan.

Encik Chula ak Bina memberikan taklimat serta nasihat.

Peserta mengangkut peralatan dan juga bekalan makanan serta minuman yang perlu dibawa ke atas bot.

Peserta membawa jaket keselamatan untuk aktiviti menyelamat.
Bot yang digunakan untuk aktiviti menyelamat.



Peserta diarahkan meniarap di pesisir pantai.
Sesi Berkenalan di gigi pantai bersama pensyarah.

Peserta berjalan serentak menuju ke arah laut.
Aktiviti membiasakan diri dengan air laut bersama pasangan masing-masing.

Peserta bersedia untuk memulakan aktiviti.

Antara aktiviti keyakinan yang diperkenalkan.

Para pensyarah dan peserta menuju ke tempat untuk melakukan aktiviti menyelamat.

Keadaan salah seorang peserta yang menjalani aktiviti menyelamatkan mangsa.
Pensyarah memberikan arahan menggunakan healer dari atas bot.

Aktiviti keyakinan diri yang memerlukan tahap kerjasama yang tinggi.

Salah seorang peserta yang mengalami kekejangan kaki semasa aktiviti.

Para peserta saling berpaut untuk memastikan mereka tidak terputus dan ditinggalkan bot yang sedang bergerak.


Keadaan semasa peserta berpaut pada tali yang diikat pada bot nelayan.

Aktiviti 'snorkeling'.
Aktiviti 'snorkeling' tetap dijalankan walaupun faktor lokasi kurang memberikan minat kepada para peserta kerana keadaan air yang tidak jernih.

Para peserta cuba membiasakan diri menggunakan peralatan yang dibekalkan.

Gelagat para peserta ingin mencuba sesuatu.


Akhirnya, 'snorkeling' ini diselingkan dengan aktiviti berarak dalam air.



Hari keempat, aktiviti abseiling yang diadakan di Sebangkoi dan kajian flora dan fauna di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Langkah keselamatan yang dikekalkan semasa mengikat tali.

Pensyarah membuat demonstrasi kepada para peserta.

Encik Chula memulakan aktiviti dengan cubaan turun.

Beliau naik semula dengan mendaki setelah memastikan lokasi selamat untuk meneruskan aktiviti.
Peserta memastikan kesemua alatan keselamatan lengkap dipasang sebelum turun.


Peserta yang menjaga 'safety line' sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.


Peserta turun dengan berhati-hati dan menggunakan kemahiran yang diajar.

Aktiviti kajian flora dan fauna..
Antara tumbuhan flora yang dijumpai di tepi pantai.

Peserta menggunakan kanta pembesar.
Belalang yang berjaya ditangkap tetapi dilepaskan semula.

Ikan tembakul..

Peserta melihat obor-obor yang terdampar tepi pantai.

Peserta menggunakan kemudahan seadanya untuk aktiviti ini.



Bagi hari kelima, kami menjalani aktiviti orienteering dan pada sebelah malam terdapat Malam Kebudayaan yang menampilkan persembahan daripada dua buah kumpulan melalui kreativiti masing-masing berdasarkan tema 'Pendidikan Luar'.
Taklimat diberikan sebelum aktiviti orienteering bermula.


Peserta memberikan perhatian sepenuhnya kepada taklimat yang diberikan.




Pensyarah berbincang dengan ketua setiap kumpulan sebelum  mereka mula membuat 'point' yang bakal dicari.